Saturday, October 21, 2017

Negara Tergadai Kerana Projek Taman Perindustrian Malaysia-China Di Kuantan?



Penipuan demi penipuan acapkali kita dengar dari Tun Mahathir. Dari kisah 1MDB, kisah Forest City, kisah Altantuya dan sehingga kisah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah juga difitnah beliau. Penyokongnya pula tumpang sekaki menambah rencah dalam siri fitnah jajaan ketua mereka.

Terbaru Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) telah dijadikan sasaran terbaru fitnah beliau. Sekali lagi ayat Malaysia tergadai dijadikan modal dalam memburukkan imej Kerajaan BN bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ramai pula terpengaruh dengan dakyah dan laporan palsu tersebut.

Ramai tidak tahu fakta disebalik MCKIP ini. Ia merupakan projek milik syarikat pemaju hartanah Kuantan Pahang Holding (KPH) Sdn Bhd di tapak berkeluasan 3,000 ekar. Pembinaannya adalah usahasama dengan syarikat Guangzhi Beibu Gulf Asean (GBGA) Investment dari China. 

Ia adalah perjanjian usahasama antara dua buah syarikat. Dengan pecahan syer pegangan projek ini adalah 51% milik KPH, manakala baki 49% adalah milik GBGA. Untuk makluman projek terbabit merupakan kesinambungan dari projek usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China dalam projek China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP).

Kalau logik Mahathir digunapakai. China juga sudah dikira tergadai kepada Malaysia. Kerana Malaysia terlibat dalam projek CMQIP yang bertempat di wilayah Gungxi, Selatan China. Projek terbabit pula adalah berkeluasan hampir 13,600ekar! Lebih empat kali ganda lebih besar dari penglibatan China di Malaysia.


Apa yang lebih melucukan adalah projek taman perindustrian ini turut dinyatakan oleh TS Muhyiddin dalam lawatan rasmi beliau ke China pada Disember 2014 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Mungkin Mahathir terlupa untuk merujuk anak buahnya sebelum menyerang. Sekejap saja sudah terkantoi. 

Jadi disini adalah tidak masuk akal bila istilah Malaysia Tergadai dijadikan modal Mahathir menyerang DS Najib. Kita faham keuzuran fikiran beliau kerana umurnya sudah jauh lanjut. Cuma kita sebagai rakyat janganlah terikut-ikut menjadi nyanyuk sepertinya. Kerana akan datang bila ditanya balik soal projek ini kepadanya. 

Pasti dijawab TAK TAHU!

rujukan:
http://english.astroawani.com/business-news/muhyiddin-touts-malaysias-advantages-potential-chinese-investors-49602
https://www.jobstreet.com.my/en/companies/830583-china-malaysia-qinzhou-industrial-park-guangxi-development-co-ltd
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/14/chinamalaysia-qinzhou-industrial-park-attracts-rm193bil-investments/

No comments:

Post a Comment