Thursday, November 12, 2015

SPAD: Komited Bertemu Empat Mata Bersama Pengendali Teksi


Interaksi secara terus pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama para pengendali teksi bukanlah perkara asing. Malah telah dianjurkan dengan kerap bagi memudahkan pertukaran maklumat dilakukan secara telus.

Jadi agak hairan bila ada suara sumbang dikalangan pemandu teksi yang menuduh SPAD kayu atau tutup mata apabila mereka ditimpa masalah. Terutamanya isu UBER dan Grabcar yang dikatakan menjadi ancaman buat pemandu teksi.

Namun segala tohmahan itu langsung tidak menjejaskan tugasan SPAD kerana bagi organisasi yang di Pengerusi oleh Tan Sri Syed Hamid ini, merasakan pemandu teksi yang marah ini tidak mendapat maklumat yang tepat. Ditambah pula dengan fitnahpemimpin pembangkang yang lagi akan mengelirukan mereka.

Semua itu adalah asam garam yang harus diterima SPAD. Kerana bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Tapi tidak bererti SPAD lepas tangan dalam mendengar keluh kesah para pengendali teksi.

Keprihatinan SPAD teserlah apabila mengadakan 5 pertemuan sepanjang Oktober dan November 2015 bersama lebih daripada 250 pihak pengendali industri teksi. Pertemuan ini mendapat reaksi positif peserta apabila banyak input yang diperolehi untuk analisa pihak SPAD.


  

No comments:

Post a Comment