Baru beberapa hari sudah puak pembangkang melalui NGO Bersih 2.0 menyebarkan surat fitnah mendesak Datuk Seri Najib berundur dari menjadi Perdana Menteri. Surat terbabit tersebar di sekitar kawasan Ahli Parlimen (MP) BN.
MP BN tidak mengambil masa lama untuk merungkai penyebar surat terbabit dan telah dibuktikan palsu dengan menggunakan nama dan no kad pengenalan yang tidak wujud. Kali ini timbul lagi fitnah dengan membuat tuduhan liar terhadap Najib kononnya menyeleweng RM8.5billion.
Tuduhan terbabit dibuat oleh MP DAP dari Kluang, Liew Ching Tong di Parlimen. Beliau menuduh Najib mengambil peruntukan RM8.5 billion yang dinyatakan dalam Bajet 2016 itu untuk kegunaan peribadi serta memberi kontrak secara bebas ikut suka hati.
Ramai tahu MP-MP pembangkang ini memang suka cakap lepas dan membuat tuduhan palsu dengan fakta separuh-separuh di Parlimen. Sebab mereka tahu mereka dilindungi imuniti ketika berbahas/berucap di Parlimen. Tiada pendakwaan di mahkamah boleh dibuat terhadap mereka.
Setiap tuduhan dan fitnah liar dengan memainkan angka-angka billion kononnya diseleweng oleh BN adalah antara strategi bagi mengeliru Dewan Rakyat. Pembaca harus tahu bahawa para media pro pembangkang yang berada di Parlimen turut membuat liputan dan melaporkan setiap kata serta ucapan untuk hebahan pembaca portal fitnah mereka diluar sana.
Hebahan kecil begini sudah cukup buat mereka sensasikan bagi menimbulkan persepsi jahat terhadap kerajaan. Namun usaha jijik MP DAP berjaya dipatahkan oleh MP Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid.
Ehsan menjelaskan bahawa RM8.5 billion itu bukan untuk kegunaan peribadi. Tetapi untuk beberapa sektor-sektor penting antaranya:
- Peruntukan untuk Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
- Peruntukan untuk Facilitation Fund/Dana Mudahcara
- Peruntukan untuk pembangunan koridor seperti koridor Iskandar, ECER dan Score.
MP Kluang jangan terlalu seronok mencipta fitnah apabila penyelewengan sebenar sedang berlaku dalam DAP itu sendiri dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Pergi tanya Guan Eng apa gila membelanjakan RM305 Juta duit rakyat hanya untuk kajian dan kertas kerja! Mana hasil kertas kerja beratus juta tu?
No comments:
Post a Comment