Namun jika difikirkan adakah Malaysia sahaja yang perlu bertungkus lumus berbelanja mempertahankan masalah dari negara jiran. Bagaimana pula dengan Filipina? Sepatutnya Filipina tampil meletakkan aset ketenteraannya di kawasan berisiko bagi mebantu Malaysia mengawal pencerobohan.
Ya lah, masalah dari sana tapi Malaysia pula kena selesaikan. Baru-baru ini puak pengganas Abu Sayaf bersenjata telah menceroboh masuk negara dan menyasarkan restoran bagi menuntut wang tebusan.
Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan kebimbangannya akan perkara ini yang tidak menampakkan kesudahan. Ia telah menjejaskan industri pelancongan di negara ini terutamanya Sabah yang terkenal dengan hidupan laut yang indah.
“Kami harap pihak keselamatan tempatan dapat memperkukuhkan dan mengkaji semula prosedur keselamatan yang di laksana kan di kawasan itu.
Dalam masa sama kami mahu Negara kita mendapat bantuan dan komitmen dari Negara jiran untuk tindakan yang serupa” kata Tiong Lai.
Cukuplah anggota keselamatan kita yang menjadi mangsa tekorban dalam insiden Lahad Datu pada tahun 2013. Rasanya Filipina juga tidak mahu bila ada warga Malaysia yang menceroboh menawan kampung atau mana-mana tanah di negara mereka. Jadi saranan Tiong Lai ini tidak susah untuk difahami! Yang tinggal hanya laksana!
Bila agaknya Filipina mampu laksanakan!
No comments:
Post a Comment