Tuesday, April 21, 2015

Warga Klang-Shah Alam Bakal Terima Perkhidmatan LRT



Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) ini tidak asing bagi penduduk di Kuala Lumpur. Pada awalnya rakyat sudah pun merasa dua jenis LRT yang ada iaitu STAR dan PUTRA. Perkhidmatan ini tidak asing bagi penduduk di jajaran Ampang dan Kelana Jaya.

Tidak lama lagi warga Klang dan Shah Alam pula akan merasa perkhidmatan serupa apabila jajaran LRT3 dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap menjelang 2020. Jajaran ini sepanjang 36km ini bermula dari Banda Utama dan berakhir di Klang.

Jajaran ini dirancang mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer. Pembinanaan jajaran ini akan dilakukan dari sambungan LRT Sri Pentas Bandar Utama dan melalui beberapa kawasan kepadatan penduduk seperti di Damansara Utama-Tropicna-Subang-Shah Alam-Klang.

Projek yang akan dikelolakan oleh Prasarana ini akan melalui beberapa proses seperti membuat pameran umum selama tiga bulan bermula Mei bagi mendapatkan maklum balas rakyat. Selepas itu barulah laporan lengkap akan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk penilaian selanjutnya.

Pembinaan jajaran ini merupakan satu keperluan yang mendesak memandang jumlah kereta yang semakin meningkat sehingga mengundang kesesakan dan pencemaran teruk di Malaysia. Penangguhan projek ini hanya akan menyukarkan mobiliti warga Shah Alam dan Klang untuk ke sesuatu destinasi. Tidak lupa kos pembinaan juga akan melonjak jika tidak disegerakan. 

No comments:

Post a Comment