Saturday, April 25, 2015
MCA Fokus Bantu Calon BN #PrkRompin
Parti MCA begitu komited dalam membantu calon BN Datuk Hasan Arifin dalam menghadapi pilihanraya kecil Rompin setelah penyandangnya TS Jamaluddin Jarjis meninggal dunia terlibat nahas helikopter di Semenyih.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menggerakkan jenteranya untuk fokus ke kawasan yang memiliki populasi kaum cina yang tinggi iaitu Muadzam Shah, Kuala Rompin dan Tanjung Gemok. Namun begitu kawasan-kawasan lain tidak diketepikan sama sekali memandangkan beberapa kumpulan jentera telah dikoordinasikan bergerak ke seluruh kawasan PRK.
Walaupun hanya 2.49% atau 1,380 pengundi cina di PRK Rompin. Ia tidak harus dipandang mudah kerana setiap undi memainkan peranan penting bagi kemenangan calon. MCA akan terus berkempen meraih kepercayaan pengundi di tiga kawasan tersebut dan akan memastikan peratusan cina keluar mengundi ditingkatkan sebaik mungkin.
Dalam lawatan kempen Tiong Lai di sekitar Rompin, beberapa permasalahan telah dikenalpasti dan langkah-langkah penyelesaian dizahirkan pada kadar segera. Antara isu yang diterima mengenai penanam sayur dan kemudahan memancing di Jeti Kuala Rompin.
Slogan kempen MCA, 'Bersatu dalam kepelbagaian dan kesederhanaan' merupakan nilai sebenar perjuangan Barisan Nasional dalam membela nasib rakyat. Di sini DAP gagal, kerana lebih sibuk menimbulkan perpecahan kaum dan huru hara dalam negara.
Adakah pengundi Rompin hendakkan calon dari parti yang banyak menzahirkan kekerasan dari kejayaan? Apa pencapaian tertinggi pembangkang di negeri-negeri penguasaan mereka? Berapa bilion pelaburan baru masuk? Berapa jumlah pekerjaan berjaya dibentuk?
Ternyata tiada bukti menunjukkan kemampuan pimpinan pembangkang dalam memacu masa depan rakyat negara ini. Mereka lebih sibuk sebar fitnah ajak rakyat berdemo guling-guling di jalan raya, dari mencipta idea yang mampu menjana ekonomi di negeri penguasaan mereka.
Pengundi cina di Rompin boleh menilai sendiri realitinya!
#PilihBN
#PilihHasanArifin
No comments:
Post a Comment