Pesawat yang membawa 155 penumpang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi, 28 Disember 2014.
Pengarah Keselamatan Penerbangan Indonesia, Wisnu Darjono menjelaskan pesawat terbabit sepatutnya dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.
Akan tetapi pesawat jenis Airbus A320-200 tersebut hilang perhubungan dengan menara kawalan di antara sempadan Indonesia dan Singapura.
155 penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak, satu bayi, dua pilot, empat anak kapal dan seorang pegawai teknikal. Pesawat terbabit diterbangkan oleh Kapten Irianto.
Pihak Air Asia telah membentuk unit mencari dan menyelamat serta menyediakan talian kecemasan. Bagi yang mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang menaiki penerbangan ini. Sila berhubung di talian +622129850801
Kemaskini dari sumber-sumber lain:
UPDATE-Pesawat jenis Airbus A320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC bertolak dari Surabaya 6.20 pagi sepatutnya sampai di Singapura 8.30 pagi-Agendanews
PESAWAT Air Asia itu hilang dari radar 6.17 pagi (waktu Indonesia).Penumpang 149 Indonesia,3 Korea,1 Malaysia,1 British,1 Singapura-Agendanews
PM kata kerajaan akan bantu cari pesawat Air Asia yang hilang. Kini beliau belum dapat banyak maklumat cuma sudah disahkan pesawat itu hilang-Agendanews
Update 1.45ptg
Serpihan kapal terbang didakwa ditemui di timur Pulau Belitung, Indonesia. Belum disahkan lagi. Sila nantikan kenyataan rasmi dari pihak Air Asia.
Lokasi terakhir penerbangan Air Asia Indonesia QZ8501 flightradar24.com.
Menurut laporan media Indonesia, lokasi pesawat hilang diantara Tanjung Pandan dan Pontianak. Usaha mencari dan menyelamat digerakkan di antara dua lokasi ini.
Update 4.00ptg
Lima buah kapal TNI dikerah melakukan operasi mencari pesawat QZ8501 di antara perairan Tanjung Pandan dan Pontianak.
Low Tiong Lai mengumunkan pusat koordinasi operasi mencari dan menyelamat telah ditubuhkan di Subang. Aset telah digerakkan bagi membantu usaha mencari dan menyelamat yang diketuai oleh kerajaan Indonesia.
Update 5.30ptg
Senarai penumpang pesawat Air Asia QZ8501
Update 10.00mlm
Lagi Aset tentera dikerah dalam membantu operasi mencari dan menyelamat. Tiga buah kapal TLDM berlayar malam ini.
Update 30 Disember 2014 4.15ptg
Pesawat pencari Hercules 130 temui serpihan pada pukul 11 pagi waktu tempatan di Selat Karimata berhampiran Pulau Bangka, Indonesia. Sekumpulan pasukan dikerah ke tempat penemuan dan membawa balik serpihan. Telah disahkan serpihan terbabit milik pesawat QZ8510 Air Asia Indonesia.
Update 4.30ptg
Menurut media Indonesia, beberapa mayat terapung ditemui berhampiran serpihan pesawat QZ8501.
No comments:
Post a Comment