Sunday, December 28, 2014

Banjir!! Kemana Pembangkang Menghilang Di Kala Rakyat Menderita!!


Masih tak henti-henti macai-macai pembangkang menyebarkan fitnah terhadap PM, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya menghilang bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Walhal Najib Razak telah turun padang lebih awal melawat mangsa banjir pada 20 Disember sebelum bertemu Obama dan telah mengaturkan segala agensi-agensi yang terlibat dalam memberi bantuan.

Yang nampak hanya Najib dan Obama di padang golf. Apa yang tersirat tiada siapa tahu isi perbincangan di antara dua pemimpin ini.  Kita hanya boleh mengagak beberapa isi penting yang mungkin dibangkitkan dengan meneliti perkembangan negara sepanjang tahun 2014 ini. 

Antaranya sudah tentu mengenai tragedi dua penerbangan negara iaitu kehilangan MH370 di Lautan Hindi dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Sudah pasti kita ingin MH370 ditemui semula dan mengheret mereka yang menembak MH17 ke muka pengadilan.

Topik lain yang mungkin dibincangkan adalah mengenai kegiatan pengganas Islamic State (IS). Perkembangan kumpulan ekstrimis IS ini yang semakin membimbangkan. Malaysia juga tidak terkecuali kerana sudah ada cubaan merekrut warga kita sebagai anggota pengganas. Malah menjadikan tanah air kita sebagai markas latihan.

Pergolakkan ekonomi juga tidak terkecuali, memandangkan tahun hadapan 2015 dijangka menjadi tahun sukar buat dunia khususnya Malaysia. Peperangan ekonomi antara kuasa besar AS dan Russia telah menyebabkan banyak negara membangun tersepit.

Harga minyak mentah pula diramal terus merundum sehingga mengheret matawang di kebanyakan negara pengeluar minyak jatuh melemah. Berita kejatuhan minyak mentah sebenarnya bukan berita gembira! 

Kerana kejatuhan berterusan ini bukan sahaja menyebabkan defisit malah deflasi. Kesan deflasi ini dilihat lebih teruk ketika krisis ekonomi dunia 1997. Kebimbangan yang dibangkitkan ini adalah demi kebaikan rakyat untuk mengharungi cabaran ekonomi dunia. Tapi sudah tentu banyak perkara yang dibincangkan dan menjadi rahsia diantara dua pemimpin ini.

Selesai pertemuan itu, Najib terus sambung kerja membantu mangsa banjir. Ia jauh berbeza dengan tindakan pemimpin parti anak beranak PKR-DAP yang terus menghilang sedang menghitung hari berapa lama Kelantan akan tenggelam dari Paris dan New Zealand.

KETUM, Anwar Ibrahim dan isteri, Presiden PKR, Wan Azizah sedang seronok bercuti di New Zealand. Manakala anak rasis, Lim Guan Eng menikmati percutian di Paris. Tapi rakyat dimomokkan dengan media Meloyakini yang tak habis-habis memfitnah PM bagi menutup kehilangan pemimpin pembangkang yang bersenang lenang bersantai di perantauan.


No comments:

Post a Comment