Friday, October 17, 2014

UBER Tak Nak, Meter Pun Tak Nak!


Tak habis-habis buat hal drebar teksi ni, bulan sudah meletup-letup pasal isu UBER iaitu perkhidmatan mengambil dan menurunkan penumpang menggunakan kenderaan persendirian. Habis dihembur kata Surhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tutup mata dan sengaja menyusahkan depa.

Walhal mereka sendiri yang sengaja mencipta kesusahan. Mengapa? Sebelum isu UBER meletus, lihat sahaja keseluruhan operasi teksi yang berjalan selama ini. Semua serba tak kena, yang peliknya dituduh pula kerajaan terutamanya SPAD tak buat kerja!


Sendiri bawa teksi, patut tahulah garis panduan dan perundangan yang termaktub. Tapi masih ada lagi yang berdegil itu ini tak kena tak mo ikut. Berpuluh operasi pun masih ramai pemandu yang buat kesalahan berulang.

Jangan cakap SPAD tak bagi peluang! Perkara ni pun tak perlu diingatkan sebab patutnya sudah maklum bila bergelar pemandu teksi. Amaran pun tak terkira banyaknya. Bila semua itu sudah dibuat apa lagi yang patut dilakukan bagi mengingatkan pemandu teksi ini jangan engkar undang-undang! Jawabnya elok SITA!!

SPAD tidak akan bagi muka selepas ini dan akan terus menyita serta merta teksi yang degil enggan menggunakan meter. 
Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad, memberitahu media peringkat awalnya pihak SPAD hanya akan memberi amaran sebelum saman atau sita.

"Kali ini kami akan terus sita saja. Saya tak mahu lagi biarkan pemandu teksi bermaharajalela tidak menggunakan meter. Saya juga nak bagi amaran dan ingatan kepada pemandu teksi yang enggan ambil penumpang. Mereka pun akan dikenakan tindakan yang sama." Tegas Che Hasni

Dalam Ops Tegas di sekitar ibukota pada 15 Oktober lepas, pihak SPAD dengan kerja sama PDRM telah berkolaborasi mencekup teksi tak guna meter di sekitar Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Brickfields dan Pudu.

Ramai pemandu teksi berbulu dengan tindakan SPAD. Tapi pemandu teksi lupa yang majoriti RAKYAT Malaysia lebih berbulu dengan sikap pemandu teksi yang sembelih mereka dengan tambang tak masuk akal.



Sebab itu ramai rakyat Malaysia mula berjinak-jinak dengan perkhidmatan UBER. Namun itu tidak bermakna SPAD membenarkan UBER beroperasi di Malaysia. Kerana UBER tetap salah di sisi undang-undang. 

SPAD tegas pada UBER, RAKYAT marah SPAD. Bila SPAD tegas pada TEKSI, PENGUSAHA dan PEMANDU pula kencam SPAD. 

Penyelesaian yang terbaik adalah balik kepada asasnya. Iaitu sistem atau garis panduan. Kalau semua teksi ikut, rasanya kepercayaan RAKYAT untuk menggunakan perkhidmatan mereka akan meningkat. UBER pun tak dapat nak tembusi Malaysia kerana RAKYAT sendiri akan sokong penuh berdiri disamping pemandu teksi mempertahankan hak mereka.

Soalnya adakah pemandu teksi sedia swing berubah ke arah ini!? Adakah mereka sanggup tegur rakan mereka yang langgar undang-undang? Adakah mereka sanggup salurkan maklumat melaporkan tentang salah laku rakan pemandu lain yang langgar undang-undang?! 

Sebab soal kemaslahatan industri perkhidmatan awam bukan terletak di bahu SPAD. Tetapi seluruh rakyat negara ini. Jadi di sini adakah pemandu teksi bersedia memainkan peranan??

Gambar: SPAD NEWS


No comments:

Post a Comment