Sunday, October 12, 2014

Kondem GST! Kondem Subsidi!


GST didakwa membebankn rakyat? Bahagian mana yg beban? Hakikatnya mekanisma cukai sedia ada yang bertindih lebih membebankan kos sara hidup rakyat. Macam mana tahu? Sekarang kita tengah laluinya. 

Tak perasan? Mungkin anda dah terbiasa, tak perasan atau tak tahu. Bila kerajaan cuba perbaiki dan bagi tahu, yang berdemo ni tak nak percaya plak. Dok hadam auta pemimpin pembangkang.  

GST dilihat lebih efisien (bkn sempurna) untuk memperbaiki sistem/mekanisme pencukaian sedia ada. Soalnya benda belum laksana..yg berdemo dh kata terbeban?! Belum makan dah cakap kenyang? Belum cubit dah kata sakit? Boleh ke macam tu! Nampak sangat autanya. 

Dah tu dibising-bising pula pasal subsidi petrol. Subsidi petroleum merupakan antara peruntukan terbesar perbelanjaan negara. Rasionalisasi perlu memandangkan manfaat subsidi lebih dirasai oleh mereka bependapatan tinggi, kerana kuasa beli golongan ini lebih besar. 

Golongan berpendapatan rendah majoritinya menggunakan motor cc rendah dan tangki minyak leh muat dalam lebih kurang plus minus 4liter. Bagi yang berpendapatan tinggi rata-ratanya berkereta besau, cc pun besau dengan tangki minyak lebih kurang 40liter.

Mari kita buat pengiraan dari dua contoh ini dengan pengisian minyak RON95 RM2.30/liter. Harga pasaran semasa setakat hari ini, adalah RM2.58. Bermakna subsidi sebanyak RM0.28 ditanggung kerajaan.

Ini bermakna isian penuh sebuah motor 4liter hanya mendapat RM1.12 subsidi. Manakala kereta mendapat RM11.20 subsidi. Beza sebanyak RM10.80 di sini.

Jika diambil kekerapan terendah pengisian sebulan lebih kurang empat (4) kali sebulan. Jadi motor mendapat RM4.48, kereta pula mendapat RM44.80. Jika diubah kepada setahun, motor hanya mendapat RM53.76, kereta pula mendapat RM537.60. Beza RM483.84! Makna lebih subsidi yang diterima oleh mereka berkereta.


Belum lagi kita ambil kira jumlah kereta yang dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi. Beratur parking depan umah. Sedangkan masih ramai di kalangan berpendapatan rendah ada yang tidak mempunyai apa-apa medium pengangkutan!

Jadi mekanisme subsidi bagi bahan api dilihat tidak lagi efisien sekarang. Ada yang mengatakan, "habis tu buat apa diperkenalkan awal-awal !!!!!!" 

Janganlah sempitkan diri kita pada keadaan semasa. Bila ingin membuat perbandingan, dalam hal subsidi ini. Cuba fahami dan selidiki sejarah mengapa ia diperkenalkan. 

Perlu lihat keadaan negara 5 - 20 tahun kebelakang. Bagaimana keadaan kita waktu itu, berapa peratus isi rumah yang berpendapatan rendah dan tinggi, berapa pula yang berada pada golongan miskin, cuba lihat pada perjalanan sosio-politik-ekonomi dunia. Kerana semua faktor ini mempengaruhi perjalanan kewangan negara.

No comments:

Post a Comment