Saturday, October 4, 2014

Deregulasi Tambang!! SPAD Tak Lepas Tangan!


Perlaksanaan deregulasi tambang bas sekolah telah menimbulkan pelbagai reaksi, tidak kira yang positif mahupun yang negatif. Sebelum ini tambang bas sekolah ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdangangan (LPKP) namun penetapan harga siling ini telah menghadkan pendapatan pengendali bas sekolah.

Penetapan harga siling bukanlah satu mekanisma yang sempurna, malah tidak mampu memberi penyelesaian ultimatum kepada kedua belah pihak iaitu pengendali dan golongan ibu bapa.


Apabila satu-satu harga siling diletakkan, pasti pelbagai maklum balas diterima. Di kalangan pengendali akan merasakan ianya tak cukup, terlalu rendah dan tidak adil. Manakala di pihak ibu bapa pula akan kedengaran keluhan harga terlalu mahal, membebankan dan sekali lagi tidak adil. Cerita satu harga siling, sudah lelahkan kedua pihak.

Dalam kekalutan tidak setuju dengan satu harga siling ini. Pengendali masih mampu terus memberikan khidmat. Manakala ibu bapa pula terus menggunakan khidmat. Sebabnya, Tiada Pilihan? Terpaksa?

Apa jua alasan dan persoalan kedua belah pihak, pokok pangkalnya mereka tidak bersetuju dengan penetapan harga siling oleh kerajaan. Jadi cara bagaimana lagi yang lebih efektif untuk diadaptasi.

Mekanisme harga siling ini telah digunapakai sejak 2009. Jadi, sudah tiba masanya untuk pendekatan yang lebih fleksibel. Sebab itu deregulasi iaitu permansuhan kawal selia terhadap tambang bas sekolah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

SPAD selaku badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengangkutan awam darat negara memilih pendekatan ini sebagai langkah penyelesaian. Akan tetapi masih ada juga dua pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan ini. Katanya, SPAD sengaja lepas tangan dalam hal ni.

Respon sebegini sudah dijangka, kerana dari awal artikel sudah jelas dan mampu memberikan gambaran mudah. Apa juga tindakan dan pendekatan diambil sudah tentu akan ada pihak yang tidak berpuas hati. Bukan salah sesiapa, kerana ianya lumrah yang perlu ditelan oleh semua pihak.

Hakikatnya deregulasi ini bukanlah tindakan sendirian SPAD. Ianya berlandaskan persetujuan bersama majoriti pengendali dan ibu bapa. Nyah kawalan ini memberi ruang dan peluang kepada pihak pengendali dan ibu bapa untuk menentukan sendiri harga tambang.

Dengan cara begini, pengendali perlu membuktikan bahawa perkhidmatan bas sekolah adalah berpatutan dengan harga ditetapkan mereka. Perkhidmatan mestilah tampil dengan bermacam krateria CONTOHnya selesa dengan tempat duduk luas, berhawa dingin, kepadatan penumpang rendah, menggunakan teknologi hijau, sistem keselamatan teknologi tinggi dan memiliki insurans perlindungan untuk semua penumpang.

Dari sini pula, ibu bapa akan membuat penilaian sama ada harga yang dilampirkan pihak pengendali ini bersesuaian atau berpatutan dengan perkhidmatan diberi. Jadi ibu bapa sebagai pengguna akan membuat penawaran harga sehingga persetujuan dicapai.

No comments:

Post a Comment