Monday, September 29, 2014

Ketandusan Pakar Tempatan Keretapi Laju Di Atasi



Apabila sesebuah projek pembangunan baharu dengan mekanisme serta standad pembinaan yang belum pernah dilakukan selama ini ingin dilaksanakan. Sudah tentu akan berlaku beberapa kekangan terutamanya dalam menyediakan modal insan tempatan yang bersesuaian dengan projek berkenaan.

Inilah yang sedang berlaku pada projek rel keretapi laju antara Kuala Lumpur-Singapura yang sudah diperingkat kajian akhir. Kekurangan tenaga mahir ini turut kelihatan pada projek Sistem Aliran Massa (MRT). 

Kekurangan ini, bukanlah sesuatu yang asing di mana-mana negara. Kerana penyediaan sesuatu modal insan ini, berkait rapat dengan perkembangan pesat negara mengikut keperluan sektor-sektor industri semasa.

Sebagai contoh, masalah serupa pernah berlaku dalam pembinaan Sistem Aliran Ringan (LRT) STAR dan PUTRA sebelum ini. Bagi mengatasinya tenaga mahir dari luar dibawa masuk bagi menggerakkan projek disamping bertukar-tukar ilmu pengetahuan bersama tenaga kerja tempatan.

Kini situasi sama berlaku pula pada projek keretapi laju. Ilmu yang diperolehi dalam projek pembinaan rel LRT tidak dapat mengisi kriteria yang diperlukan oleh projek keretapi laju. Ini kerana standad pembinaan keretapi laju adalah berbeza dengan standad yang ada dalam pembinaan LRT. 

Keadaan ini boleh membawa kepada kelewatan pembinaan dan sekaligus meningkatkan kos projek. Hendak tak nak. Kita terpaksa juga membawa masuk kepakaran dari luar. Tenaga mahir asing ini bukan sahaja untuk sektor pembinaan, tetapi juga untuk menyenggara keseluruhan operasi apabila projek keretapi laju siap kelak.


Melihat kepada permasalahan ini, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah Institusi Jurutera Semboyan Keretapi  Institution of Railway Signal Engineers - IRSE) bagi mengisi kekurangan yang ada. 

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar bersetuju dengan penubuhan Institusi Jurutera Semboyan Keretapi memandangkan industri keretapi Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk pertumbuhan.

Projek MRT dan keretapi berkelajuan tinggi (HSR) bukanlah projek rel terakhir di negara ini. Akan datang rakyat Malaysia juga bakal menerima kemasukan projek berpotensi tinggi seperti LRT 3, MRT 2 dan Trans-Asian railway. Namun pembagunan projek-projek ini akan bermula selari dengan keperluan semasa.


No comments:

Post a Comment