Saturday, March 23, 2013

Sesiapa Tolong Sekolahkan Lembu Ni?


Memang media menantikan bilalah puak pakatan nak buat sidang media (PC) lepas terkeluarnya gambar aksi mual mirip ketua pembangkang oleh rajagoyang360. 

Sebelum ini media terpaksa mencari inisiatif mengejar Anwar sehingga ke forum di hotel. Malangnya banyak soalan tidak dilayan membuatkan ramai rakan media tak puas hati. Keluhan ini turut datang dari media pembangkang. Hampehh. 

Keadaan ini merunsingkan pimpinan pembangkang dan mereka kelam kabut nak kesan dalang penyebaran gambar tersebut. Sebelum nak buat PC kenalah prepare pelurunya. Orang dok sibuk cari dalang Lahad Datu, mereka sibuk cari dalang sebarkan gambar-gambar 'tu'. 

Serabut kepala agaknya, blogger papagomo pula disaman kononnya menyebarkan gambar tersebut di blognya walhal blogger tersebut hanya menyiar semula gambar yang diambil dari blog rajagoyang yang tidak diketahui pemiliknya.

Perkara ini turut dilakukan oleh berpuluh-puluh blog dan portal lain yang tanpa mengira latar belakang politik termasuk HarakahOnline yang menyiarkannya sekejap. Hahaha.

Saman yang diberikan pula telah dibalas dengan video sedutan seminit oleh papagomo yang memaparkan visual wajah dan suara mirip ketua pembangkang. Visual ini sudah cukup membuatkan puak-puak pembangkang meroyan pertahankan 'kesucian' ketua pembangkang. 

Bagi meneruskan usaha suci ini, mereka akhirnya adakan PC di ibupejabat PKR. Tapi agak pelik sebenarnya pada penjelasan rafizi dalam PC semalam hanya untuk menjejaskan kredabiliti blogger papagomo. First time gua tengok pakatan menggelabah dengan blogger.

Sehingga situasi PC menjadi tegang apabila ada wartawan bertanyakan soalan simple iaitu "Mengapa hanya menyaman papagomo? Mengapa tidak saman Datuk T?"

Jawapan yang diberikan berbelit-belit sehingga rafizi dengan sombong mengeluarkan pula potongan tafsiran ayat Al-Quran yang separuh-separuh ikut otak lembunya! 
Rafizi: "..ayat quran cukup jelas bahawa apabila ada sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasik maka kita kena menolak berita itu."
Sedangkan sebenarnya - Surah Al-Hujuraat Ayat 6: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, MAKA SELIDIKILAH (untuk menentukan) KEBENARANNYA, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Tidak cukup dengan tafsiran mengelirukan, diugut pula untuk menghalau media yang ingin bertanyakan soalan tadi keluar. Dituduhnya pula itu soalan UMNO!? Dan dakwanya lagi tidak adil kepada media lain kalau hanya menjawab soalan wartawan tadi? 

Soalan simple ini bukan datang dari mana-mana parti, tapi RAKYAT. Kerana rakyat ingin tahu sejauh mana Anwar ini benar-benar ingin membersihkan imejnya. Ramai juga ahli-ahli PAS akar umbi nak tahu jawapan kepada soalan tersebut. Mereka tak mahu insan tidak bermoral memimpin mereka.
Tapi HARAMMMM.. lu tak menjawab langsung soalan!  

Rakyat inginkan kepastian kenapa pula Anwar berani saman papagomo yang bukan sesiapa tetapi tidak mengambil tindakan serupa kepada Datuk T yang terang-terangan mengesahkan secara terbuka kepada media bahawa lelaki dalam video bersama pelacur China itu adalah ANWAR IBRAHIM. Bukankah itu lebih memburukkan imej bos pakatan.



Kalau tak dapat jawab pun, cakaplah elok-elok. Tak perlulah pusing lintang pukang lepas tu tak pasal-pasal cari pasal provok dan memperkecilkan wartawan yang bertanya soalan simple. 

Tapi Rafizi perlu faham tugas para wartawan, kerana selagi tiada jawapan yang jelas dan memuaskan. Soalan tersebut akan turut ditanya oleh media lain di PC berikutnya. Ingat tak pada soalan jam OMEGA! Wartawan kejar sampai ke PRK Sarawak minta jawapan!

Dalam PC semalam rakan media pembangkang sendiri berbisik, ini kali pertama melihat rafizi hilang pertimbangan. Selalunya kalau diasak soalan dia akan cool menjawab. Hahaha. 

Dari sudut psikologi, tindakan begini menunjukkan orang itu rasa terancam atau takut. Sebab tu tak pasal-pasal melantun. Apa yang rafizi takut sangat dengan soalan tu? Nampak sangat pakatan dah semakin celaru nak bersihkan imej bos mereka.

Di kalangan wartawan baru bolehlah rafizi mengugut nak halau keluar! PC berikutnya rafizi akan tahu langit tinggi ke rendah. Kita akan lihat pula kemampuan rafizi untuk berdepan dengan wartawan-wartawan otai yang pernah bergasak dengan menteri-menteri, ahli parlimen BN dan pembangkang. Sehingga membuatkan mereka kecut perut berhadapan dengan wartawan otai ini lagi. 


"Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang"

Saksikan sendiri video dibawah gelagat samdol rafizi pakatan yang kononnya mendukung kebebasan media ikut kepala lututnya: 




No comments:

Post a Comment