Lawaknya, senjata fitnah yang mereka gunakan untuk menyerang kerajaan telah menjadi senjata makan tuan yang merosakkan imej pakatan.
Parti PAS sesekali cuba membantu rakan mereka,(konon semangat setia kawan) tapi setiap usaha dilakukan mengheret parti bulan kekancah kejatuhan.
Kesudahannya, banyak pimpinan PAS sudah mula pakai otak dan enggan meneruskan strategi fitnah bawaan PKR yang sering kali memakan diri.(Baru nak pakai otak ka?) Sebab itu kita tengok usaha mempertahankan fitnah pakatan sekarang banyak dibuat oleh puak-puak anwarinas PAS. Itu pun tampil tenggelam timbul dengan memberi kenyataan tiga suku. Takut-takut jugak nanti undi dikawasan mereka hilang pulak.
Paling licik di sini adalah DAP. Kerana parti roket ini banyak mengambil langkah berdiam diri dan berkecuali dalam setiap isu yang dimulakan oleh PKR. Ini semakin ketara sejak hujung tahun lepas di mana mereka lebih berhati-hati bersuara bagi menjaga imej parti dari terlibat dengan permainan PKR.
Mereka sebenarnya sedar permainan politik fitnah berterusan bawaan PKR ini boleh merosakkan kredabiliti undi cina terhadap parti roket itu.
Dalam ketiga-tiga parti komponen pakatan, DAP boleh dikatakan berada di kedudukan selesa. Namun keselesaan DAP bukanlah kerana sokongan majoriti semua kaum. Kerana terbukti PRU13 ini bakal menyaksikan semua lokasi ditandingi DAP adalah kawasan majoriti cina.
Maka tindakan pimpinan DAP untuk tidak terlibat dalam sebarang game PAS-PKR adalah lebih kepada kepentingan peribadi sehingga sanggup membiarkan rakan komponen terkontang-kanting dalam kemelut fitnah yang dicetuskan mereka.
DAP seolah-olah cuci kaki sekejap dari memberi sebarang komen atau reaksi dalam segala isu-isu semasa dan membiarkan sahaja PAS-PKR huru-hara buat kerja bahlul tu. Ini menunjukkan tiada kesepakatan antara mereka.
Setiap usaha PAS-PKR telah membuatkan mereka hilang banyak undi dan ini jelas merugikan dua parti tersebut berbanding DAP.
Perkara ini dikukuhkan apabila banyak ahli parlimen dan ADUN mereka bakal tukar ke kawasan lain pada PRU13. Begitulah pakatan, bila dah gagal buat kerja di kawasan dipegang sekarang, dicarinya tempat baru.
Matlamat berpolitik mereka adalah mempolitikkan segala bagai (agama, air, pendidikan,dll). Sehingga gagal melakukan matlamat sebenar iaitu berkhidmat kepada rakyat di kawasan mereka.
Sebab itu mereka tidak berani mengeluarkan bukti prestasi KPI atau pencapaian seperti dilakukan oleh PM, Datuk Seri Najib tempoh hari.
No comments:
Post a Comment