Monday, February 4, 2013

Nik Aziz Bakal Dipecat!?


Kelam kabut, lintang pukang, huru hara. Apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai keadaan semasa PAS dalam mengurus isu sama ada sesama rakan pakatan mahupun dalam parti sendiri.

Pemecatan Yb Nasha kali ini menunjukkan lebih nyata kepincangan dan ketidak sefahaman antara barisan kepimpinan PAS.

Semua sedia maklum mengenai kiasan seloroh Nik Aziz yang menyamakan pemecatan Nasha dari majlis syura dengan rumah tangga dan jurulatih bola sepak. Perkara ini membuatkan orang ramai bahkan ahli PAS geli hati dengan telatah melatah tuan guru.

Cakap berdetum bagai guruh. Bunyi sahaja yang lebih, faktanya tiada. Kerana sehingga hari ini, PAS masih gagal menjelaskan sebab utama pemecatan tersebut.

Apabila semakin banyak pihak meminta penjelasan, "Tuan Guruh" kita yang tidak tahan dengan tekanan dari pelbagai penjuru mengumumkan pula Nasha dipecat dari ahli PAS.!? 

Pengumuman ini telah membuat beberapa pimpinan PAS kelam kabut untuk menjelaskan bahawa Nasha kekal ahi PAS. Apa sudah jadi?

Mengapa terdapat percanggahan mengenai kedudukan Nasha di dalam PAS? Jawapannya adalah keceluparan Nik Aziz sendiri, yang mengumumkan keputusan sendiri tanpa merujuk atau bemusyawarah bersama kepimpinan PAS yang lain.

Nampaknya Nik Aziz menunjukkan belang sebenar dengan lagak ditaktor mengenepikan pandangan rakan-rakan sendiri.

Kalau kita ingat kembali kes Dr Hassan Ali, beliau dipecat kerana menegur kelemahan parti dalam mempertahankan akidah umat Islam dan ini didakwa PAS sebagai merugikan parti?!! Giler apa dorang ni!

Sekarang, bagaimana pula dengan tindakan Nik Aziz? Membuat keputusan sesuka hati sehingga mencalar imej parti. Bukankah ini lebih merugikan parti?!

Rakyat melihat sendiri nilai pemerintahan "adil" yang cuba dibawa PAS. Adakah nilai begini hendak kita terapkan kepada generasi muda?

1 comment:

  1. Salam bro... Hebat blog bro.. Mohon dapat kiranya dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro... Terima Kasehhh Bro..

    ReplyDelete