Wednesday, January 30, 2013

Nasha "Dicerai" Tapi Sebumbung


Sekali lagi PAS buat lawak dalam menangani kemelut, kali ini cara mereka handle masalah dalaman parti. Tak tahulah apa yang difikirkan dalam kepala sekor-sekor pimpinan PAS, sehingga lawatan diplomatik ke negara Islam Gaza, Palestin pun hendak dipolitikkan. 

Sedangkan lawatan ini jelas dituntut oleh Islam dimana jemaah Islam Malaysia yang terdiri dari pelbagai latar belakang, tidak kira parti politik berganding bahu bagi memberi bantuan kepada saudara Islam yang sengsara di Palestine.

Sebelum ini pada Ogos 2012, pun ada pimpinan PAS berkokok dek lawatan PM yang mengetuai delegasi Malaysia bertemu para Ulama di Arab Saudi. Sebab apa berkokok? Sebab Nasha salah seorang dari delegasi tersebut. 

Apa yang dimarahkan sangat? Adakah ziarah mengeratkan silaturrahim ini satu dosa? Boleh jadi kafir? Bukannya PM suruh para Ulama tu doakan PAS K.O! Apa ka hal! Biol betul!

Siapalah antara pimpinan PAS yang panas punggung dan menjadi BATU API bagi menimbulkan syak terhadap usaha Ukhuwah sesama Islam ini. Penglibatan Nasha dalam setiap lawatan bersama PM adalah demi kepentingan Islam. 

Nak hairan apa, selagi ada puak Anwarinas di dalam PAS. Bermacam-macam tindakan pelik, lawak dan putar belit akan dilakukan oleh PAS. 

Ramai pemerhati politik melihat penyingkiran YB Nasharudin dari Majlis Syura bukanlah satu kejutan besar.

Kerana memang dijangka, setakat itu yang mampu dan berani dilakukan oleh pimpinan PAS terhadap beliau. Mereka tidak sanggup mengambil tindakan keras, seperti yang telah dilakukan terhadap Dr Hassan Ali sebelum ini. Di pecat serta merta dari ahli PAS. 



Nik Aziz cuba berlagak cool dalam hal ini. Beliau menyifatkan ia bukan satu tindakan yang pelik, beliau menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

“Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat”. Kata Nik Aziz.

What ever lah Pok Nik..metafora lu pun dah melalut..Dari apa kita paham Pok Nik cakap dan apa yang kita lihat sekarang, Nasha walaupun lepas diceraikan masih duduk serumah (dalam PAS)? Bolehkah suami isteri lepas cerai duduk sebumbung? Nampaknya benda ni hanya berlaku dalam PAS.

Apa-apa pun pimpinan PAS tidak dapat berselindung di sebalik lagak tegas terhadap Nasharudin ada timbul kebimbangan. Kerana bimbangkan keriuhan penyokong Nasharudin yang berpuluh ribu. 

perisik: Sekarang pun penyokong Nasha dah riuh! Apa kes?

1 comment:

  1. apapun saya ucapkan tahniah keatas pas kerana minyingkirkan sebutir mutiara yang menyinar dalam kecerahan siang. Apa pun nasha pasti akan lega dihatinya kerana tak payah memikirkan puakpuak atasan yang banyak kerenah tak masuk akal dari mengkafirkan umat islam yg tak separti dgn pas, amanat yg dibuatbuat, kalimah ALLAH boleh dipakai oleh orang kafir, ayatayat Al-Quran diputar belit kan makna sampai orang terpengaruh Ini semua hanya nak menang PR13.Bangunlah Nasha saya dipihak kamu untuk menegakkan agama Islam dibumi Malaysia. Saya bersyukur atas nikmat ALLAH sekarang Kerana BN saya sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki yang mengalir tak berhenti-henti, BANGUN NASHA

    ReplyDelete