Wednesday, August 8, 2012
Wajah Rakyat Malaysia Diculik Lanun Nigeria Dikenalpasti
Sebelum ini perisik menerima info tentang warga Malaysia yang bernama George Lipih yang diculik oleh Lanun Nigeria di Teluk Guinea. Turut diculik adalah warga Indonesia, Thailand dan Iran.
Masalahnya sekarang insiden penculikan tersebut berlaku pada 4 Ogos lalu. Tapi sehingga hari ini tiada perkembangan terkini mengenai keadaan mangsa yang di tawan. Motif penculikan juga belum diketahui. BACA SINI
Difahamkan, ahli keluarga mangsa sudah pun melaporkan perkara ini kepada konsulat Malaysia tapi APA SUDAH JADI?!!
Sebelum ini laporan berita antarabangsa melaporkan dua orang kelasi warga Nigeria telah di bunuh.
Hal warga Palesitn dan Rohingya yang tertindas kita melaungkan pembelaan. Tapi bagaimana dengan anak Sarawak ini yang telah ditawan.
Sudah empat hari tapi seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan Malaysia. Rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga mangsa berharap tindakan segera diambil bagi menyelamatkan warga kita ini.
aduh kesiannya..god bless u..sy akan doakan untuk uncle..:'( ..sedih btol sy dgr brita nie..
ReplyDelete