Wednesday, August 8, 2012

PANAS: Rakyat Malaysia Kena Culik Di Nigeria!


Warga Malaysia diculik di Teluk Guinea berhampiran perairan Nigeria. Mangsa dikenali sebagai George Lipih Anak Amboh dipercayai dari Sarawak telah diculik setelah kapal tempat beliau bekerja, Sea Trucks Group diserang oleh Lanun Nigeria yang lengkap bersenjata.

Lanun Nigeria terbabit telah menyerang pada waktu pagi 4 Ogos lalu dan membunuh dua kelasi kapal warga Nigeria.

Kami difahamkan, George Lipih telah diculik bersama warganegara lain dari Indonesia, Iran dan Thailand.

Paling haru, perkembangan dan nasib mangsa yang diculik sejak sabtu lalu masih tidak diketahui sehingga hari ini. BACA SINI dan SINI

Harap kerajaan Malaysia ambil tindakan bagi menyelamatkan warga Malaysia yang menjadi mangsa penculikan.

Insiden penculikan dan serangan lanun ini bukan perkara baru. Sebelum ini pernah berlaku di perairan Somalia. Dengar Kerajaan Malaysia hantar Komando terus terkencing lanun-lanun tu. BACA SINI

Harap kerajaan boleh guna taktikal serupa dalam misi menyelamat ini.

No comments:

Post a Comment