Friday, January 20, 2012

Pakatan Pembangkang Hilang Kesepakatan

"Tuan Guru" Khalid Ibrahim

Sebelum ini artikel perisik sudah menyentuh hilangnya pengaruh pakatan pembangkang DI SINI. Paling ketara dalam konvensyen pakatan sendiri pada 14hb Januari lepas yang hanya dihadiri kurang dari 4,000 orang ahli. 

Sasaran yang diletakkan oleh mereka adalah 100,000 orang walhal lokasi konvensyen terbabit hanya mampu menyendat lebih kurang 20-30 ribu umat dalam satu masa. 

Macam biasa lah pembangkang ni, dah terbiasa berdakyah. Semua perkara nak bergegar cakap. Semasa beberapa siri perhimpunan haram mereka pun angka serupa dicanangkan, 100,000! Rasanya angka tersebut termasuk jumlah kutu-kutu di kepala para peserta perhimpunan haram.

Sekarang, pakatan semakin parah apabila hilang kesepakatan sesama mereka. Paling lawak pimpinan mereka melantik Tan Sri Khalid sebagai exco hal ehwal Islam selepas Dr Hassan Ali dipecat. 

Pengganti Hassan Ali iaitu ADUN Sijangkang, YB Dr Yunus dari PAS hanya sekadar memegang portfolio Belia dan Sukan. 

Perlantikan drastik ini telah membuatkan presiden PAS sendiri, Tuan Haji Hadi Awang bersuara "Hal Ehwal Islam Selangor Patut Diberikan Pada Adun PAS Bukannya Khalid Ibrahim PKR"

Ahli PAS yang selama ini berdiri megah di belakang nama "Parti Islam Semalaysia" telah dikencingkan oleh rakan pakatan mereka sendiri. 

Ramai Ahli PAS terkejut, kerana ini bermaksud perlantikan exco baru ini telah membelakangkan kesepakatan pimpinan pakatan PKR-PAS-DAP. Kalau tidak mengapa Hadi Awang mempersoalkan keputusan perlantikan ini. 

Pakatan yang beriya-iya kononnya memperjuangkan demokrasi untuk rakyat. Tapi sebenarnya dasar demo"KERAS"i yang diamalkan dalam pakatan sendiri. 

tergagap sampai tak sengaja lantik diri sendiri 

Mereka dalam pakatan tahu bahawa perpecahan dan percakaran yang berlaku adalah berpunca dari kerakusan politik dalaman mereka. Tapi masih ada juga suara sumbang yang sempat berdakyah mengatakan ini semua kerja kotor UMNO/BN. 

Itulah akibatnya apabila dakyah menjadi lauk dan hidangan kepada ahli parti dan rakyat jelata sehingga barisan kepimpinan mereka terkeliru untuk membezakan sama ada fakta atau tahyul yang disampaikan. Sampai BIOL kepala otak mereka!!

Hakikatnya suara majoriti ahli PAS dan PKR sudah muak dan tidak sanggup meneruskan propaganda auta ini. Terbukti setiap propaganda yang digerakkan telah memakan diri mereka sendiri.

Mungkin selepas ini PAS perlu menukar nama kepada PKS - "Parti Kebajikan Semalaysia".  Kebajikan menjaga hati PKR dan DAP sehingga terlupa menjaga hati ahli sendiri. 


Perisik - Pejuang sejati PAS, Hassan Ali dan Nasaruddin Mat sudah dipijak dan diketepikan, kini yang tinggal hanya parasit yang gelojoh memamah PAS dari dalam. Tunggu apa lagi!

No comments:

Post a Comment