Sunday, January 6, 2019

Sultan Muhammad V Letak Jawatan YDPA!


Desas desus yang berlegar di media sosial dua tiga hari lepas akhirnya terjawab. Pihak Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa baginda Sultan Kelantan, Sultan  Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang DiPertuan Agong.



Nama sebenar: Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra

* Menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010

* Mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016

* Baginda menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.

* Istiadat pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 diadakan pada 24 April 2017

* Lahir di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969

* Putera sulung daripada empat beradik kepada Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid

* Tiga adinda baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 45; Tengku Muhammad Fakhry Petra, 41, dan Tengku Amalin A'ishah Putri, 33 tahun.

* Berusia 50 tahun

* Dimahkotakan sebagai tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan diangkat sebagai Pemangku Sultan Kelantan pada 24 Mei 2009.

No comments:

Post a Comment