Wednesday, January 2, 2019

ECRL Diteruskan! Cara Halus Kerajaan Pakatan Merayu China Beli Semula Minyak Sawit Malaysia!


Selepas menang sahaja PRU14, pihak kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil tindakan membatalkan projek-projek mega yang diasaskan oleh Kerajaan BN.

Pakatan cuba mencipta alasan bahawa projek seperti HSR dan MRT sebagai tidak telus dan menjadi salah satu punca hutang negara RM1 trillion. Projek ECRL turut menjadi mangsa dibatalkan oleh Pakatan.

Sehingga kini tiada satu bukti serta pendakwaan berjaya dibawa ke Mahkamah bagi menyokong tuduhan tidak telus itu. 

Hutang RM1 trillion itu juga telah terbukti fitnah apabila BNM dan PM sendiri mengesahkan dalam Bajet 2019 bahawa hutang negara tidak sampai RM780billion. 

Malangnya kesemua projek dibatal demi memenuhi dendam Pakatan Harapan terhadap kerajaan terdahulu. 

Yang menjadi korban adalah rakyat kerana dinafikan manfaat dan limpahan ekonomi dari perlaksanaan projek mega. 

Pembatalan projek ECRL yang dibangunkan secara bersama syarikat dari China telah mengakibatkan negara tembok besar itu bengang. 

Susulan dari itu, China telah menghentikan perjanjian pembelian Minyak Sawit kita. Tindakan membabi buta Kerajaan PH telah merosakkan potensi pendapatan bernilai sehingga RM2trillion buat negara!!!

Nilai yang sungguh besar ini berguna untuk disalurkan kepada sektor pembangunan, kesihatan, pendidikan dan pertanian terutamanya. Malah kalangan peneroka Felda akan menerima pendapatan lebih baik untuk satu tempoh yang panjang.

Nasi sudah menjadi bubur! Peluang menjana ekonomi peneroka dan pertanian lebur begitu sahaja setelah China bertindak beralih membeli Minyak Sawit dari Indonesia.

Ekoran dari itu, pasaran Minyak Sawit Mentah (MSM) kita  merundum teruk. Hingga ke paras RM200 setan! Tugas Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Timbalannya Shamsul Iskandar dalam memulihkan pasaran MSM menemui kegagalan setelah beberapa bulan.

Kenyataan kesatuan Eropah menjadikan situasi MSM lebih parah apabila mereka pula bertindak memboikot minyak sawit Malaysia. 

Satu-satu bala datang menjegah! Hari ini talian hayat terpaksa digunakan Pakatan Harapan bagi merayu China membeli semula lambakan Minyak Sawit Malaysia!

Soalnya adakah semudah itu China akan membeli semula MSM kita? Sudah tentu ada permintaan serta perjanjian tambahan yang China inginkan. 

#Fikirfikir

No comments:

Post a Comment