Supaya yang mana kurang atau lemah sama-sama sepakat untuk perbaiki. Tapi tak perlulah dihebohkan hal dalaman Parti kepada luar dalam media sosial dan wartawan.
Panggil semua yang terlibatkan secara tertutup bukankah lebih elok. Apa guna diwarwarkan kepada yang bukan ahli yang parti tengah goyang. Walhal goyangnya sedikit bagai ditiup bayu, tapi dicanang macam dipukul ribut.
Rasa janggal bila kenyataan terbuka begini datang dari kepimpinan UMNO yang berpengalaman. Nak bantu parti? Atau sengaja jadi diri "Pintu" buat musuh selinap dari belakang?!
Pakatan DAP, PKR dan PPBM pun tengah goyah sekarang. Tapi ramai dikalangan rakyat tak nampak. Sebab ada kita dengar pemimpin mereka umum nak panggil mesyuarat kepimpinan parti kepada wartawan dan dalam media sosial. Tidak!
Percayalah mereka juga sedang buat siri mesyuarat parti masing-masing. Terutama setelah melihat perkembangan PM, Tun Mahathir yang galak memancing UMNO masuk ke PPBM.
Apa anda fikir PKR-DAP sedang lena buat-buat diam dengan tindakan Mahathir?
#Fikirfikir
No comments:
Post a Comment