Majoriti netizen menyuarakan bantahan proses Inkues kematian petugas bomba Muhammad Adib. Laporan bedah siasat pun mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.
Kecederaan Adib ternyata parah dan beberapa siri rawatan kecemasan diberikan sepanjang Adib di hospital. Difahamkan beberapa bahagian tulang patah, malah fungsi organ dalaman beliau turut merosot kesan dipukul perusuh.
Umum tahu punca Adib dimasukkan ke hospital adalah akibat dipukul! Rawatan pula sahkan kesan cedera adalah akibat dipukul! Polis juga sudah sahkan kesan cedera terbabit adalah akibat dipukul!
Selepas berminggu dirawat, Adib pergi buat selamanya! Puncanya jelas adalah kesan kecederaan akibat "DI PUKUL!".
Semuanya sangat jelas! Malah empat suspek juga telah ditahan, malangnya dibebaskan begitu sahaja??
Senario amat berbeza dengan kes kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Shah Alam. Tiada video, tiada saksi! Disiasat di Tingkat 14. Tiba-tiba mayat beliau dijumpai di koridor Tingkat 5 dalam keadaan tertiarap!
Punca kematian kabur begini sememang nampak tepat perlunya Inkues! Tapi tidak pula bagi kes Muhammad Adib seperti yang sudah diperjelaskan awal tadi!
Kalau dilihat kes lain sebelum ini, tiada Inkues juga bagi kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati yang disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34. Saksi cukup, bukti cukup, DNA padan.
Laporan bedah siasat kes Sosilawati juga siap dalam masa kurang seminggu. Tapi mengapa pula perlu sampai SEBULAN untuk siapkan laporan bedah siasat kes Muhammad Adib???
"Pelik-pelik! Terlalu banyak helah cuba dimainkan pihak Kerajaan dalam kes Adib ini!" Begitulah reaksi peguam dan barisan pemimpin pembangkang apabila menerima berita penubuhan Inkues ini.
Bukan sahaja terburu-buru! Tetapi sebab utama adalah Inkues ini tidak perlu!!!
Mengapa sengaja lengahkan pendakwaan? Ini sudah jadi kes BUNUH! Kenapa juga masih tiada tangkapan dan reman suspek sehingga pendakwaan di Mahkamah!
Rakyat mulai resah permainan wayang kerajaan dan bimbang individu yang patut didakwa, bebas. Akhirnya kes Adib didiamkan tanpa pengadilan!
No comments:
Post a Comment