Monday, June 4, 2018

YDPA Tolak Lantikkan AG Bukan Islam! Elak Mudarat Besar Pada ABATA!



Perlantikan peguam negara bukan Islam-melayu bukan suatu perkara baharu di Malaysia. Untuk makluman dua peguam negara (AG) pertama negara adalah bukan melayu! 

Iaitu Thomas Vernor (1955 - 1959) dan Cecil M. Sheridan (1959 - 1963). Jadi persoalan kita terima. "Sepatutnya tiada masalahlah jika bukan melayu-Islam dilantik sekarang". 

Inilah contoh simple logik digunakan pro liberal-sekular dalam membenarkan Tommy Thomas diangkat sebagai AG. "Dulu boleh, sepatut sekarang pun bolehlah". Ramailah yang angguk setuju dengan kenyataan ini.


Jangan terlepas pandang pada tahun-tahun perlantikan itu. Dua AG pertama dari susur galur negara British ini dilantik  pada tahun-tahun sebelum dan selepas merdeka.

Di mana Persekutuan Tanah Melayu ketika itu masih terlalu muda dan sedang merangkak dalam hal ehwal pentadbiran dan pembentukan undang-undang negara.

Pentadbiran negara ini adalah berasaskan sistem Westminster yakni sistem parlimen dari acuan kerajaan British. Tiada individu era itu yang pakar dan pengalaman luas dalam selok belok perundangan acuan Westminster ini. 

Maka jelaslah dua AG ini dipilih berdasarkan keperluan masa itu. Mereka bertanggungjawab membantu dalam pembentukan perlembagaan dan akta-akta Persekutuan Tanah Melayu. 

Dalam lapan tahun dibawah AG dari British, Tanah Melayu dan kemudiannya dikenali sebagai Malaysia pada 1963 telah berjaya melahirkan individu tempatan yang berkaliber. 

Individu melayu-Islam menjadi latar belakang penting yang bukan sahaja menasihati Kerajaan Persekutuan atau jemaah menteri atau menteri. 

Malah menjadi penasihat perundangan kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) yang merupakan Ketua Agama Islam. Jadi latar belakang dan pegetahuan dalam perundangan syariah adalah keperluan yang tidak boleh dinafikan.

Jelas perbandingan perlantikan AG bukan Islam dulu dan sekarang adalah tidak setara. Dulu individu yang berkemahiran adalah terhad. Sekarang kita miliki ramai calon yang layak untuk diangkat sebagai AG. 

Jadi agak pelik bila kerajaan PH menzahirkan alasan tiada calon lain yang layak? Atau sebenarnya ada agenda tersembunyi mengapa Kerajaan PH tetap berkeras dengan pilihan mereka!

No comments:

Post a Comment