Saturday, June 16, 2018

Lebih RM300billion Bakal Hilang Sepanjang Pakatan Memerintah!?


Pakatan terus menerus menjadikan hutang negara sebagai alat propaganda mengalihkan pandangan rakyat dari masalah sebenar kerajaan. 

Yakni masalah dalam melaksana manifesto yang dijanjikan mereka! Antara yang bakal menjerut kerajaan adalah janji mansuh GST dan mansuh Tol.

Setakat ini GST hanya berubah menjadi zero rated "0%". Tindakan ini membawa implikasi kehilangan hampir RM3billion sebulan pendapatan negara. Tiada formula jelas dicadangkan PH bagi mengatasi kehilangan lebih RM10billion untuk tiga bulan ini.

Sepanjang perlaksanaan SST sebelum ini, negara kehilangan hampir RM100billion dari tindakan penipuan cukai dari peniaga. Pelik bila memikirkan yang kerajaan mahu kembali ditipu seperti sebelumnya.

Manifesto mansuh Tol juga turut menjadi perhatian utama rakyat yang memilih. Kita mempertikai janji mansuh tol itu mustahil. Kerana kos mengambil alih konsesi tol seluruh negara adalah berjumlah RM200billion! 

Mereka mencanang fitnah hutang negara semakin tenat. Hakikatnya punca tenat hutang negara adalah akibat dari polisi mansuhkan itu ini. 

Menuduh kerajaan terdahulu punca hutang RM1trillion atau 80% berbanding GDP. Kesudahannya agensi antarabangsa Moodys mengesahkan kerajaan PH buat tuduhan fitnah. Agensi berusia lebih seratus tahun itu menyebut bahawa hutang negara sebenarnya adalah 50.8% atau bawah RM700billion.

Kerajaan PH tahu tembelang akan pecah. Langkah damage control perlu dibuat bagi mengalih kejahatan mereka memainkan fitnah hutang negara jauh dari pandangan rakyat. 

Usaha fitnah seterusnya adalah mengheret Mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak ke mahkamah bagi didakwa atas kesalahan penyelewengan harta dan pengubahan wang haram. 

Sebelum PRU14, berkempen tentang penyelewengan 1MDB oleh Najib. Malangnya tiada bukti kukuh dapat digunakan untuk menyabitkan kesalahan Najib dalam 1MDB. Jadi dua pendakwaan terpaksa direka bagi meneruskan fitnah bagi menutup kelemahan mereka mentadbir negara.

No comments:

Post a Comment