Tuesday, May 29, 2018

Batal projek mega HSR bagus untuk negara!


Keputusan Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir membatalkan projek keretapi laju yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dengan Singapore adalah langkah tepat dalam mengurangkan hutang negara.

Hutang negara yang diumum RM680billion telah menokok kepada RM1trillion hanya untuk masa beberapa hari sahaja. Perkara ini mengejutkan ramai pihak terutama pelabur dalam dan luar negara. Kemudian angka hutang terbabit berjaya dikurangkan RM400billion dengan ajaib. Satu kejayaan luar biasa buat negara. 

Malaysia berjaya menjadi bahan ketawa seluruh dunia apabila kerajaan melalui kementerian kewangan gagal memahami definisi sebenar hutang negara. 

Kekeliruan dari Menteri Kewangan, saudara Lim Guan Eng telah menjadi pandemik yang turut merosakkan pemahaman rakyat tentang hutang negara. Uneducated rakyat terus ditipu oleh uneducated menteri.

Berbalik kepada HSR tadi, pembatalan projek mega ini sememangnya patut dibuat setelah mengambil kira projek jambatan bengkok menggantikan tambak idea PM ke-4 sebelum ini turut juga dibatalkan bagi tujuan penjimatan.

Projek jambatan bengkok yang dilihat menguntungkan kroni dibatalkan setelah meneliti perjanjian berat sebelah yang akan merugikan negara serta membebankan rakyat untuk jangkamasa panjang. 

Perjanjian yang didrafkan seolah klon terma yang digunakan sewaktu membuat perjanjian lebuhraya. Siapa yang untung? Sudah tentu konsesi milikan kroni.

Begitulah juga projek HSR ini. Perjanjian yang dibuat adalah antara dua kerajaan iaitu Malaysia dengan Singapura. Kajian pula dibuat selama dua tahun dengan perbincangan berterusan diantara dua negara terbabit.

Itulah kesilapan utama projek HSR ini! Tiada syarikat kroni terlibat. Adalah tidak masuk akal tradisi 22 tahun dihapuskan begitu sahaja. Jadi ia perlu dibatalkan serta merta. Bayarlah kita denda setengah billion ringgit (RM500juta) bagi merendahkan hutang negara.

1 comment:

  1. Bagus, saya sangat setuju dengan keputusan Atok ini. Yang saya tau, ramai yang undi kerajaan baru ini terkencing bila hartanah yang mereka beli tiba tiba jatuh harga pasal tiada HSR.

    ReplyDelete