Tuesday, February 20, 2018

Pakatan Perjudi Jawatan Perdana Menteri!



Umum tahu kekeliruan dikalangan pakatan pembangkang dalam menentukan siapa perdana menteri jika mereka menang. Di kalangan kepimpinan pakatan harapan masih istiqomah menjulang pesalah peliwat sebagai perdana menteri ke-7. Manakala kedengaran pula suara dari parti setahun jagung Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang inginkan Tun Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi.

Akhirnya dalam pertemuan kalangan kepimpinan pembangkang, mereka bersetuju untuk Tun menjadi perdana menteri. TETAPII...untuk satu tempoh tertentu sahaja dan dakwa mereka Mahathir akan menyerahkan kerusi PM itu kepada Anwar Ibrahim bila bebas kelak. 

Perkara tampak mudah pada bibir dan atas kertas. Di kalangan pemerhati politik malah dari pihak pembangkang sendiri pun melihat itu adalah satu permainan judi dikalangan pakatan pembangkang.

Mereka tahu, Anwar dan Mahathir sememangnya seteru yang tidak pernah berhenti mencari peluang membalas antara satu sama lain. Mereka berdua seolah senyum manis berjabat tapi dibelakang masing-masing terselit pedang menanti masa untuk dihunus.

Kalangan pemerhati menjangkakan bukan mudah untuk Mahathir melepaskan jawatan PM nanti. Kita tahu kemarahan Mahathir terhadap kepimpinan Barisan Nasional adalah kerana keengganan DS Najib mengikut telunjuk dan memenuhi agenda beliau dalam isu beberapa projek serta jawatan Muhkriz dalam parti.

Jadi apakah bila Tun melepaskan jawatan nanti Anwar Ibrahim pula akan tunduk kepada kemahuan Tun M? Sudah tentu tidak! Kerana Anwar Ibrahim sendiri mempunyai agenda sendiri untuk memenuhi tembolok ahli keluarganya sendiri. 

Lagi pun bukan mudah bagi Anwar untuk melupakan tindakan Mahathir sejak memecat beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998? Para bekas penyokong reformasi yang keras melawan Mahathir ketika itu turut menilai bahawa perjanjian tersebut adalah judi yang tidak akan ada keputusan menang-menang. 

Salah satu pasti jatuh! Soalnya siapa yang lebih licik sekarang ini? 
Mahathir atau Anwar?

No comments:

Post a Comment