Thursday, September 14, 2017

Bukan Mudah Menjadi DS Najib


Sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 lagi. Datuk Seri Najib Tun Razak telah diserang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah liar. Sehingga kalangan keluarga juga turut dijadikan sasaran pihak pembangkang sebagai modal merosakkan imej beliau sebagai Perdana Menteri kini. 

Isu pembelian kapal selam scorpene telah dijadikan peluru buat pembangkang dalam menanam persepsi buruk diminda rakyat Malaysia terhadap DS Najib. Tidak cukup dengan itu, pihak pembangkang mengaitkan pula isu kematian model Mongolia, Altantuya dengan pembelian kapal selam ini.

Adakah setakat itu sahaja? Tidak sama sekali. Pembangkang mencipta pula fitnah seterusnya dengan membuat andaian bahawa Isteri PM, Datin Seri Rosmah adalah dalang kematian model terbabit. Lihat bertapa gilanya pembangkang yang kecanduan kuasa untuk menakluk Putrajaya.

Serangan tidak terhenti begitu sahaja. Pembangkang bertalu-talu menyerang seluruh peribadi DS Najib. Sehingga soal rumahtangga, anak dan adik beradik akan diciptakan perpepsi buruk dengan bantuan media tempatan pro-pakatan serta media upahan dari luar negara.

Isu cincin, beg tangan dan gelang tangan dicetuskan oleh pembangkang seolah Isteri PM bermewah-mewah dengan duit rakyat?! Tuduhan liar yang tidak masuk akal sama sekali. Adakalanya melucukan dengan gaya pemikiran puak pakatan ini apabila hal DS Rosmah pakai kasut pun mereka boleh jadikan modal. 

Anak beliau Mohd Naziffudin Najib pula tiba-tiba dikaitkan pula dengan pengubahan wang haram yang melibatkan traksaksi jutaan dolar dan beberapa buat syarikat antarabangsa. Perkara ini disensasikan pakatan bagi menggambarkan kejahatan itu adalah seluruh keluarga Najib Tun Razak.

Bila dikaji teperinci, hebahan informasi ini telah dicetuskan oleh kelompok media proIsrael yang juga rancak menyerang figura penting di beberapa buah negara-negara lain. Peliknya tiada langsung figura dari Israel yang ditonjolkan. Seolah tiada aktiviti pengubahan wang dilakukan oleh mana-mana individu berpengaruh dari sana. 

Tersenyum sinis dibuatnya bila Israel cuba digarap suci oleh pakatan. Beriya-iya pakatan mencedok suapan informasi auta ini, mungkin ada kaitan dengan dana RM1.2billion yang mereka terima. Sebab itu tidak sampai 3 hari isu pengubahan wang haram yang cuba dikaitkan oleh figura Malaysia terus suam dan tidak menarik untuk dimainkan. 

Jika disenaraikan semua siri tohmahan terhadap DS Najib ini sudah mampu dijadikan kitab rujukan yang berjilid jilid yang menakutkan kita. Namun tidak bagi DS Najib. Beliau tetap tenang pada panahan fitnah yang sudah dilepaskan dari busurnya mahupun yang bakal dilepaskan. 

Jadi ketahuilah bukan mudah menjadi DS Najib!

No comments:

Post a Comment