Wednesday, August 9, 2017

Asas Perjuangan PPBM Adalah Fitnah Semata-mata



Apakah PPBM atau parti bunga tidak belajar dari kesilapan rakan baru mereka dalam pakatan? Cubaan menjatuhkan seseorang dengan fitnah lambat laun akan terjatuh dengan fitnah itu sendiri. Mana mungkin kita lupa dengan fitnah yang dilakukan oleh Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Ainina dan Khairudin. 

Serangan awal bermula melalui Tun M yang semberono menyebut jumlah kerugian 1MDB. Bila diminta bukti, kesipuan untuk menunjukkannya. Kerana langusung tiada bukti. 

Tanpa sebarang bukti pun beliau tetap menjelajah ke seluruh negara menjaja cerita palsu berkaitan 1MDB. Duit rakyat hilang, bakal muflis adalah antara tuduhan yang dijadikan modal pentas ceramah.  Segala masalah ekonomi seperti kejatuhan ringgit, kenaikan petrol dan harga barang turut dijadikan peluru buat beliau bagi menghasut rakyat membenci kerajaan.

Muhyiddin pula ketahui disogok Mahathir dengan jawatan PM bagi menggulingkan DS Najib. Walaupun menjadi Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai akses kepada banyak maklumat, namun beliau gagal manfaatkan kedudukan tersebut. 

Berlaku beberapa siri lawatan dalam dan luar negara di mana beliau mengeluarkan kenyataan mengkritik dasar ketuanya DS Najib dalam isu derma 2.6B dan kemudiannya melarat ke isu 1MDB setelah dipecat. Beliau mempertikaikan jumlah hutang 1MDB tapi gagal mendapat pemahaman mengenai aset yang melebihi hutang. 

Kemudian Ainina yang merupakan pemimpin wanita umno di bahagian Langkawi, Kedah pula meroyan. Mengkritik DS Najib dengan biadap dalam majlis penerangan isu di Langkawi berkaitan isu derma dan 1MDB. Sendiri malas membaca, bertanya dan cuba memahami tetapi yang disalahkannya adalah kerajaan. 

Manakala Datuk Khairudin pula yang menjadi dalang menjelajah ke segala pelusok dunia dimana 1MDB ada penglibatan berniaga secara langsung atau tidak. Di setiap negara tersebut dibuat laporan polis dan bertemu dengan media tempatan di sana. Hasilnya akan keluarlah tajuk media seperti pihak berkuasa US dan Switzerland sedang melakukan siasatan.

Perkara begini dijadikan peluang buat pembangkang mencipta persepsi atau gambaran salah kononnya DS Najib sudah bersalah! Tidak kurang juga dengan imaginasi mengatakan DS Najib akan ditangkap oleh CIA. Permainan fitnah begini adalah bertujuan mengelirukan rakyat yang majoritinya tidak memahami selok belok urusan perundangan luar.

Semua nama-nama ini bergabung dalam menjatuhkan DS Najib dengan fitnah. Gabungan ini diterjemahkan melalui penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dikenali bunga oleh Netizen. Jelas asas penubuhan parti melalui fitnah, maka fitnah itulah yang akan menjatuhkan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment