Gabungan Bunga dalam pakatan harapan hanya sekadar mainan politik bagi menumpang populariti kelompok pembangkang yang telah diraih sejak tsunami politik 2008. Bunga pula dilihat masih terkapai-kapai dan mentah di pentas pembangkang.
Sokongan kepada mereka juga tidak sekuat rakan-rakan lain dalam pakatan. Angka rasmi jumlah ahli mereka juga belum diketahui memandangkan beberapa penipuan pendaftaran ahli berlaku dari dalaman sebelum ni. Dari pengumuman sejuta ahli jatuh kepada 500,000 ahli dan kini membisu mengenai angka sebenar ahli mereka.
Kegagalan terbabit cuba ditutup dengan usaha licik Mahathir yang cuba membeli kepercayaan kalangan pakatan. Jumlah RM3-4 billion tampak mengiurkan bagi sebilangan kepimpinan pakatan. Namun tidak kepada Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Anwar.
Usaha demi usaha dilakukan namun gagal memberi lebih suara kepada Bunga dalam merencana hala tuju parti. Perkara ini jelas apabila banyak kenyataan Mahathir yang dilihat seakan ketua pembangkang pada mulanya, dengan mudah dicantas oleh Lim Kit Siang.
Gambaran seolah Bunga akan mengetuai pembangkang terus dibakul sampahkan oleh kelompok elit pakatan yang lain. PPBM bukan ketua! Mahathir bukan ketua! Jadi keputusan ultimatum hanya akan ditentukan oleh DAP-PKR-PAN. Bukan PPBM!
Perkembangan ini merupakan tamparan hebat buat Mahathir dan kepimpinan Bunga tampak kecewa. Rata-rata tidak mengherdik balik atas tindak balas mencatas DAP-PKR. Akhirnya mereka sedar akan kedudukan PPBM. Carta organisasi pakatan hanya sekadar ekspresi kosmetik yang tidak tulus. Kerana tempat mereka bukan setaraf bersama kepimpinan pakatan lain.
PPBM hanyalah sekadar pak turut dalam pakatan!
No comments:
Post a Comment