Sunday, June 25, 2017

WSJ Kitab Rujukan Pembangkang Jatuhkan BN


Kegiatan akhbar berpangkalan di Amerika, Wall Street Journal ini yang menyerang kepimpinan kerajaan BN dan UMNO khususnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum media sosial menjadi terkenal iaitu sebelum Facebook dan Twitter menjadi trend dalam sebaran maklumat. WSJ telah pun memainkan peranan dalam mengkritik keras dasar yang di bawa oleh kerajaan Malaysia.

Antara sasaran WSJ adalah mengenai dasar keistimewaan orang melayu dan bumiputera serta beberapa intipati dalam perlembagaan kita. Reputasi WSJ yang terkenal sebagai akhbar rujukan antarabangsa, sebenarnya adalah alat propaganda sayap pembangkang di beberapa negara teluk, asia tenggara dan benua afrika.

Lihat sahaja bagaimana negara dunia telah ditipu hidup-hidup dengan laporan berita kewujudan Senjata Pemusnah di Iraq oleh WSJ. Berita itu disensasikan berturut-turut sehingga mendapat restu majoriti rakyat Amerika sendiri untuk menyerang Iraq sekaligus menamatkan pemerintahan Saddam Hussein.

Kesudahannya sehingga kini tiada langsung bukti yang mampu dizahirkan dimana Senjata Pemusnah tersebut? Namun kemusnahan telah pun berlaku di bumi Iraq, kepincangan politik juga tidak menampakkan akan surut. Rakyat Iraq yang dulu seronok dengan kematian Saddam Husein, kini menyesal dan mengakui zaman pemerintahan Saddam lebih baik. 

Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO telah menyenaraikan beberapa entiti yang mengecam keras WSJ ini. Antaranya adalah laporan Senator Demokrat, Al Franken mengutuk WSJ yang sengaja mengelirukan orang ramai dari berita rekaan mereka. Pihak The Huffington Post juga mendedahkan WSJ sengaja memalsukan fakta sehingga menjurus kepada peperangan.

Majalah Salon melaporkan bahawa WSJ akan menyerang mana-mana individu atau kumpulan yang tidak sependapat dengan mereka. Pusat Kemajuan Amerika pula mendedahkan WSJ sengaja memutarbelitkan fakta atas sebab obsesi idealogi yang melampau.

Itu baru sebahagian respon yang berang dengan WSJ. Namun DASAR di Amerika tidak membolehkan kepalsuan maklumat WSJ dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Inilah yang gagal difahami oleh rakyat Malaysia apabila Kerajaan dilihat seola-olah membisu bila WSJ memfitnah Perdana Menteri. Teknikaliti perundangan yang menjadi kengkangan dan perkara ini telah pun diperjelaskan terperinci oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.

Akta yang telah diwartakan di Amerika ini telah menjadi perisai buat WSJ untuk meneruskan karya palsu mereka. Bila diteliti laporan dalam sesuatu isu mengenai Malaysia sebelum ini, terlalu banyak rencah yang ditokok-tambah bagi memenangkan pembangkang iaitu pakatan.

Lihat sahaja rentetan peristiwa sebelum PRU13. Setiap pergerakan perhimpunan BERSIH diikut rapat oleh WSJ. Dari promosi BERSIH dari negeri-negeri hinggalah ke tarikh perhimpunan akan dilaporkan WSJ. Pemberitaan WSJ dalam isu ini jelas dengan niat jahat ingin mencalar imej Malaysia di mata dunia. 

Berita antarabangsa WSJ ini menjadi modal pembangkang dalam setiap ceramah dan permainan perang psywar di media sosial. Mereka menjadi gelombang kedua hebahan setiap kali laporan WSJ yang memburukkan kerajaan Malaysia dikeluarkan. Modal WSJ sebagai media antarabangsa konon dipercayai dan merupakan rujukan seluruh dunia.

Terlalu kritikal khayalan pembangkang, eloklah jauhkan diri bimbang khayal mereka terjangkit dengan kita. WSJ sebenarnya menerima kecaman teruk dikalangan rakyat mereka sendiri. Pelbagai cemuhan dan rasa kecewa disuarakan oleh netizen mengenai perihal WSJ ini. Sedangkan rakyat mereka sendiri membenci! Mengapa rakyat kita pula beriya hendak menyanjungi??!!

No comments:

Post a Comment