Friday, June 9, 2017

Masih Bercelaru Walaupun Tiga Kali Bentuk Pakatan



Kepimpinan pakatan masih gagal mencapai kata sepakat dalam membentuk dasar bersama demi rakyat. Dari semenjak kewujudan Barisan Alternatif ke Pakatan Rakyat hinggalah kini dalam Pakatan Harapan mereka tetap terpinga-pinga dalam mencari hala tuju bersama. 

Ini kerana, setiap parti komponen pakatan mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri. DAP dengan agenda hapuskan hak istimewa. PKR dengan agenda bebaskan Anwar. PAN yang sekadar pak turut DAP. Manakala PPBM pula sibuk menjaga kepentingan kroni serta memenuhi nafsu kuasa Tun Mahathir. 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengingatkan bahawa UMNO yang sudah menerajui negara selama beberapa dekad ini, terbukti konsisten dalam mendahului rakyat dalam banyak segi. Perkara inilah yang menjadi asas kekuatan kepada Barisan Nasional untuk kekal mentadbir Malaysia sehingga hari ini.

Lihat sahaja pelbagai projek dan dasar yang diperkenalkan sepanjang petadbiran DS Najib. Inisiatif seperti BR1M, KR1M, Buku1Malaysia dan SL1M terus sampai kepada golongan sasaran. Kemudahan infra seperti UTC, RTC, MRT, ETS, ECRL, PAN BORNEO jelas mempermudahkan mobiliti rakyat keseluruhan.

Pembangkang pula melalui pakatan harapan sekarang, masih sibuk menentukan siapa yang sepatutnya jadi Perdana Menteri jika menang nanti. Dari kenyataan Wan Azizah dalam temuramah Al Jazeera mahukan pesalah liwat, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM). 

Pihak PAN juga punya calon sendiri iaitu memilih Mat Sabu sebagai PM ke-7. Dalam laporan berasingan sayap wanita PKR turut memilih Nurul Izzah untuk jawatan nombor satu negara. Mahathir pula jelas dilihat berdolak dalih dan mengelak dalam menerima Anwar kerana sudah punya perancangan mahukan anaknya Muhkriz sebagai calon. 

Memilih kepimpinan pakatan pun tidak selari. Menentukan dasar pula sekadar indah di atas kertas. Melihat perkembangan pakatan dari dulu sehingga kini. Apakah nasib rakyat hendak diletakkan pada parti begini? 

No comments:

Post a Comment