Tiada apa yang perlu dibimbangkan pada sebuah buku. Mungkin itu yang terdetik difikiran ramai diantara kita. Buku Becoming Hannah tampak buku biasa seperti nukilan biografi atau memoir tokoh-tokoh lain tanah air. Kebiasaan inilah yang membuatkan kita alpa sehingga secara tidak sedar telah membiarkan benih kerosakan membiak.
Kita sedia maklum dengan genre buku yang ada dipasaran. Ada seram, politik, agama, ekonomi, sains, komputer, pelancongan, memasak, fiksyen dan bermacam-macam lagi. Apa yang pasti buku-buku yang dihasilkan ini bukan sebagai penyendal pintu. Ia juga bukan sekadar bahan bacaan suka-suka.
Kerana buku adalah sumber RUJUKAN, sumber ILHAM, sumber IKUTAN, sumber KEPERCAYAAN, sumber IMAGINASI dan sumber PEMBELAJARAN yang menjadi makanan otak anak-anak generasi muda. Apakah kita lupa perumpamaan "mata pena lebih tajam daripada mata pedang". Adakah kita lupa SEMANGAT menentang penjajahan British telah disedarkan melalui penulisan tokoh-tokoh seperti Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Onn bin Jaafar dan Abdul Rahim Kajai?
Jadi sekarang bila difikirkan kembali adakah nukilan "Becoming Hannah" ini hanya sebuah buku? Atau mempunyai agenda tersembunyi bagi mempengaruhi pembaca dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Persoalan utama disini pengaruh yang bagaimana yang bakal diledakkan ke dalam pemikiran para pembaca dari tulisan sebuah buku ini?
Format penulisan sebuah biografi tokoh-tokoh akan memfokuskan latar belakang peribadi, latar belakang kekeluargaan, persekitaran membesar, pendidikan, kegagalan, kejayaan, perjalanan karier dan kontroversi yang telah dilalui. Adakah itu sahaja dalam buku Becoming Hannah ini?
Disini teserlah keganjilan buku ini. Kerana bila diselidiki, buku ini banyak menyelit bibit-bibit injil serta kata-kata tersirat mengenai hala tuju yang ingin dibawa oleh kristian di Malaysia. Perkara ini telah dirungkaikan oleh Ahli Akademik UUM Dr Kamarul Zaman Yusoff dan laporan polis telah dibuat bagi menghalang penjualannya.
ms 23
ms 89
ms108
ms110
Ini hanya sebahagian dari sedutan tulisan buku terbabit. Namun sudah cukup untuk kita faham apa yang cuba dilakukan oleh Speaker DUN Selangor ini. Buku ini bukan mengenai beliau semata-mata. Ia adalah satu bentuk dakwah licik yang bertopengkan biografi bernama Hannah Yeoh.
Beliau sebelum ini dengan jelas mendapat sokongan kuat pihak evangelis dengan menerima bantuan pada beberapa PRU lepas. Adakah buku ini sebagai satu langkah membalas budi? Mungkin ini cubaan beliau mengambil kesempatan dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen serta Speaker DUN bagi menyebarkan dakwah kristian melalui penulisan.
Ada yang mengatakan kita kolot dalam menyuarakan bantahan tentang isu ini. Jangan lupa bahawa kerosakan yang besar bermula, dari satu garis retak yang kecil.
No comments:
Post a Comment