Monday, April 24, 2017
Banner Pertabalan Agong: MCA Bukan DAP
MCA pusat pantas menegur, Cawangan MCA Taiping berkaitan kesilapan banner majlis pertabalan Agong yang digantung semalam. Pihak MCA Taiping segera bertindak turunkan banner tersebut dan tidak lama selepas itu menggantikan dengan yang sudah dibetulkan.
Tiada masalah atau kesilapan dikesan pada cawangan MCA ditempat lain. Hanya satu cawangan sahaja terkilaf dan ternyata ia adalah tidak disengajakan. Jika MCA dengan niat sengaja, sudah tentu beberapa cawangan lain akan turut melakukannya. Tapi tidak berlaku begitu.
Janganlah memandang remeh kesetiaan MCA dalam memartabatkan insitusi Raja Perbelembagaan di negara ini. MCA bukanlah seperti sekutunya DAP yang sudah terbukti dalam beberapa insiden mencabar kedudukan Istana dan raja di peringkat Dewan Negeri dan Dewan Rakyat.
Kita tidak lupa dengan kebiadapan DAP sebelum ini, antaranya dengan sengaja enggan mengenakan pakaian rasmi pada pembukaa dun dan parlimen. Sedang lain memakai pakaian putih dan bersongkok, tidak semena-mena beberapa ahli parlimen DAP mengenakan kot dan tidak bersongkok. Pakaian rasmi tersebut adalah protokol penting dan dipakai sekali sahaja ketika persidangan dirasmikan oleh Sultan atau Agong.
Apa -apa pum tahniah mca kerana pantas membuat tindakan dan semuanya dilakukan pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment