Saturday, March 25, 2017

Bincang iktiraf UEC Lalui Fasa Baru


Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang kembali panas sejak kebelakangan ini. Telah menjadi topik perdebatan antara pihak setuju dengan tidak dalam mengiktiraf UEC ini. Perkara ini turut mendapat perhatian Kementerian Pendidikan setelah ahli parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa membawa hal ini ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Dakwaan UEC tidak diiktiraf di negara ini adalah nista tanpa kajian mendalam serta memahami struktur pendidikan persendirian yang sudah wujud di negara kita sebelum merdeka lagi. 

Untuk makluman, UEC telah pun diiktiraf bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kemasukan ke maktab perguruan. Ia bukan satu yang asing cuma ramai yang tidak ambil tahu akan keadaan semasa ini. Pengiktirafan yang diperlukan adalah supaya UEC diterima bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam juga diterima bagi kemasukan ke sektor awam JPA.

Walaubagaimanapun permohonan dibuat Dong Zong sebelum ini tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Terdapat beberapa percanggahan silibus dan kokurikulum dalam UEC yang perlu diuba jika mahu diiktiraf. 

Ketika itu, Dong Zong dilihat terlalu ekstrim dan berkeras untuk kekal dengan pengisian UEC sedia ada. Pengaruh DAP dalam UEC juga memainkan peranan merosakan keharmonian dalam mencari keputusan penyudah di sini. 

Kedegilan Dong Zong yang lebih condong kepada telunjuk parti chauvanis adalah punca segalanya. Akibatnya, ribuan para pelajar cina yang juga rakan-rakan kita yang tamat dengan UEC gagal mendapat tempat sewajarnya dalam pendidikan tinggi awam tempatan. 

Namun segalanya berubah beberapa bulan kebelakangan pada siri pertemuan bersama Dong Zong. Annuar Musa menyifatkan Dong Zong dilihat lebih terbuka dan diplomasi dibawah kepimpinan baharu.



Dalam pertemuan ringkas itu pihak Dong Zong telah membangkitkan beberapa kebimbangan mewakili 60 buah sekolah berkaitan UEC. Sekali lagi Annuar Musa mengingatkan bahawa pengiktirafan UEC ini perlu, TETAPI mestilah mengikut syarat yang ditetapkan kementerian.

Perisik melihat langkah segera perlu dilakukan oleh Dong Zong bagi merealisasikan harapan para pelajar  sekolah persendirian mereka. Selarikanlah silibus UEC Bahasa Malaysia dan Sejarah mengikut piawaian kebangsaan dan syarat kementerian. Sampai bila Dong Zong hendak terus memperjudikan masa depan rakan-rakan anak-anak cina kita.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Idris Jusoh telah pun memberi lampu hijau bagi menyambung kembali perbincangan dengan kementeriannya. Janganlah dipersiakan peluang yang ada. 

Ketepikanlah emosi amarah yang menjadi penghalang selama ini. Segerakanlah perbincangan bersama antara Kementerian Pendidikan dengan Dong Zong demi kelestarian pendidikan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment