Cabaran membaik pulih imej industri teksi sudah beralih ke fasa baharu. Jika sebelum ini kita dapat lihat pelbagai intensif dan bantuan diberikan kepada para pemain dan pengendali teksi. Kali ini langkah meliberalisasikannya bakal diambil bagi membawa industri teksi seiring dengan keperluan dan peredaran masa kini.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperincikan beberapa cadangan kepada Kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan sihat dalam industri teksi.
Kajian selidik telah dijalankan oleh SPAD sejak Disember 2015 melalui Makmal Teksi. Sepanjang proses kajian terbabit, didapati permasalahan industri teksi tidak dapat diselesaikan secara total untuk memuaskan hati semua pihak. Maknanya setiap tindakan dan keputusan pasti akan menerima tentangan dan kritikan keras orang ramai. Ada saja pihak yang tidak berpuas hati.
Apa yang mampu dilakukan SPAD, adalah dengan membuat keputusan berimbang diantara pihak yang terlibat. Yakni keputusan menang-menang. Tumpuan utama diberikan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan.
“Suruhanjaya berkeyakinan bahawa langkah untuk meliberalisasikan model teksi adalah diperlukan bagi mewujudkan landskap industri yang kompetitif yang dapat memacu industri ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.
"Jelas sekali pembaharuan dan perubahan itu akan memberikan kesan yang besar terhadap industri teksi negara. Sebaik sahaja menerima kelulusan Kabinet, kami akan membuat perincian untuk memastikan bahawa penyelesaian dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta mengambil kira kerumitan yang bakal dialami ketika proses peralihan," katanya lagi.
Antara langkah-langkah liberalisasi yang dicadangkan adalah mengadaptasi sistem perkhimatan "e-hailing" dalam industri teksi, yakni teknologi yang seakan Uber dan Grab. Syor lain pula adalah menyarankan pemberian lesen teksi individu baharu kepada pemandu yang mempunyai rekod bersih. Sekali gus menyelamatkan pemandu teksi dari terus terbelenggun dengan sistem pajak.
Setakat ini, respon pihak kerajaan adalah positif. Sama-sama kita nantikan keputusan maklum balas rasmi dalam masa terdekat nanti. Jika Kabinet dan Majlis Ekonomi meluluskan cadangan-cadangan yang dibentangkan. Cabaran perlaksanaan pula menanti pihak SPAD. Kerana, seperti dinyatakan awal tadi. Pasti ada yang tidak puas hati.
No comments:
Post a Comment