Bila ditanya macai pakatan, mengapa perlu undur? Alasan diberikan adalah harga barang naik, GST membebankan, pelajar uni pecah usus dan bermacam lagi alasan yang tidak selari dengan matlamat yang dinyatakan. Lagi pun, kalau tengok tuan badan yang desak PM undur ni pun, badan obese sambil handfon satu dua ribu ditangan. Itulah definisi sengsara macai pembangkang.
Kali ini pembangkang datang pula dengan nama baru iaitu Selamatkan Malaysia. Ekoran daripada itu terjadilah Deklarasi Rakyat kononnya mewakili suara rakyat mendesak Najib berundur. Mereka yang terlibat dalam deklarasi ini adalah TS Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Tun Mahathir bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin pembankang lain antaranya Lim Kit Siang dan Azmin.
Cubaan gegar Najib dengan deklarasi ini ternyata tak menjadi. Apabila tidak sampai beberapa hari sudah keluar percanggahan kenyataan serta pendirian diantara Mahathir dan pimpinan pembangkang dalam gerakan ini. Presiden PKR, Wan Azizah tidak mahu terlibat dengan Mahathir dalam gerakan jatuhkan Najib. Azizah lebih rela bekerjasama dengan Najib untuk selamatkan Malaysia.
Belum sempat berpeluh sparing dah tumbang gerakan ini. Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sendiri mengutuk sikap bermuka-muka pemimpin pembangkang. Dalam sebahagian beriya nak jatuhkan Najib. Sebahagian lagi tak berminat pula.
"Pembangkang harus menyelesaikan dulu matlamat mereka kerana mereka telah membuat kenyataan yang berlawanan yang mengelirukan" tegas Ka Siong terhadap kepimpinan pembangkang.
Belum jadi kerajaan dah lintang pukang. Nak uruskan gerakan kecil begini pun tak ada kata sepakat. Memang statiklah Malaysia jika pembangkang memerintah.
Ka Siong mengingatkan pemimpin pembangkang supaya berhentillah bermain wayang dengan slogan #SelamatkanMalaysia ini semata-mata harapkan publisiti murahan. Definisi selamatkan itu sebenarnya lebih tepat menyelamatkan diri dari kebebalan pembangkang.
No comments:
Post a Comment