Tuesday, February 2, 2016

Pengtrukturan Semula Tujuh Laluan Bas! #SPAD


Perlaksanaan penyusunan semuala rangkaian bas henti-henti (BNR) yang bermula sejak Disember lalu telah menerima banyak respon positif dikalangan pengguna. Namun tidak dinafikan terdapat beberapa laluan bas yang gagal menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ekoran dari kelemahan pihak pengendali bas awam, pengguna yang terjejas mula menyuarakan rasa tidak puas hati dan SPAD pula menjadi sasaran mudah kemarahan pengguna. Walhal perjanjian dan garis panduan telah dipersetujui antara syarikat pengendali dan SPAD. Rata-rata pengendali gagal mematuhi masa menunggu.


Seperti pembaca sedia maklum, transformasi penyusunan ini masih diperingkat awal dan perlu tempoh sekurang-kurangnya 6-12 bulan. Julat tempoh ini dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah berbangkit sewaktu perlaksanaan. Berikutan masalah timbul dibeberapa laluan, SPAD dengan responsif membuat pembaikan dan mengstruktur semula laluan terbabit.

Pengstrukturan semula bagi memperbaiki mutu perkhidmatan ini melibatkan dua buah koridor yang meliputi tujuh buah laluan bas. Koridor kendalian Metrobus iaitu Sungai Besi dan Klang Lama akan diambil alih oleh Nadi Putra dan RapidKL berkuatkuasa 1 Februari lepas.

Laluan-laluan tersebut ialah :

1- Laluan 523 - Dengkil -IOI City Mall melalui Putrajaya / Cyberjaya .
2- Laluan 608 - IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti.
3- Laluan 541 - Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong.
4- Laluan 671 - Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni.
5- Laluan T570 - UPM-KTM Serdang melalui Serdang Jaya.
6- Laluan T601 - Puchong Prima -  Saujana Puchong melalui Puchong Utama.
7- Laluan 670 - PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni.

Laluan 523 akan diubah kepada laluan 521 dengan operasi bermula dari 6:30 pagi  hingga 11 malam dengan kekerapan setiap 30 minit. Manakala laluan 608, IOI Mall Puchong ke Putrajaya Sentral melalui Pulau Meranti akan diubah kepada laluan 503. Operasi perkhidmatannya pula dijadual bermula seawal 6 pagi hingga 11 malam setiap dengan kekerapan 30 minit.

Bagi laluan 541, ianya telah distruktur kepada laluan Flat Enggang Kinrara Pasar Borong Selangor - KTM Serdang dan dijangka beroperasi dari 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 40 minit. Sementara laluan 671 akan mula beroperasi jam 6:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 45 minit.

Laluan T570, UKM-KTM Serdang akan mula operasi pada 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit. Perubahan laluan T601 pula akan dibahagikan kepada dua laluan iatu laluan Puchong Prima - Puchong Utama. Manakala T602 laluan kelada Saujana Puchong - Puchong Utama. Kedua-dua laluan ini beroperasi seawal 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit setiap bas.

Bagi laluan 670, ianya distruktur semula kepada laluan 651 yang bermula dari Taman OUG-PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni. Waktu operasinya pula dari 6 pagi hingga 11:30 malam dengab kekerapan 20 minit.

Diharapkan pengguna memberi sedikit ruang masa untuk transformasi ini menjadi matang. Pihak SPAD sememangnya ingin memastikan tiada lagi penyusunan semula seperti ini dalam tempoh terdekat. Namun pelbagai cabaran ekonomi dan perubahan polarisasi kependudukan yang semakin pantas membataskan matlamat ini.

Transformasi pengangkutan awam, perlu dimajukan selari dengan peningkatan permintaan serta keperluan meningkatkan mobiliti rakyat ke destinasi yang dituju. Apa pun pihak SPAD berterima kasih dengan maklum balas pengguna kerana segala informasi amat dialu-alukan bagi mengesan kelemahan dan sekaligus memperbaikinya.

1 comment:

  1. Hye, what should bus should i take from puchong utama to Omron Factory, petaling jaya. Hope i can hear from u soon

    ReplyDelete