Thursday, March 24, 2016

Kerjasama Mahathir & Pembangkang Ternyata Sandiwara



Begitulah rasanya bila melihat telatah mantan perdana menteri, Tun Mahathir yang selama ini menghentam dan mengenakan tindakan ISA terhadap pembangkang sewaktu dia berkuasa. Senang-senang berubah sekelip mata hanya kerana nak jatuhkan Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Lebih pelik, kelompok pembangkang yang dulu dipenjarakan melalui ISA seolah-olah sudah memaafkan tindakan Mahathir ke atas mereka dulu. Betul ke sudah maafkan? Semua itu boleh kita lihat sewaktu tandatangan Deklarasi Rakyat baru-baru ini. Nampak jelas wajah bengang ahli parlimen pembangkang dalam kerjasama ini. 


Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong tidak terkejut dengan tindakan Mahathir yang boeh bekerjasama dengan pembangkang bagi menjatuhkan Najib. Kalau dikaji latar belakang Mahathir sendiri, kita akan tahu perangai Mahathir ini. Beliau sendiri sudah beberapa kali keluar masuk UMNO dan hampir kesemua Perdana Menteri yang sebelum ini hendak disanggahnya.

"Sebelum ini pun beliau tidak setuju dengan Pak Lah (perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga mengutuknya dan keluar parti. Kali ini dengan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula. Saya tidak terperanjat." kata Ka Siong

Apa yang kita dapat jangkakan dari gabungan ini, adalah ia tidak mampu menggugat kedudukan Najib. Sokongan terhadap Najib semakin teguh, lebih-lebih lagi apabila dasar yang diperkenalkan sejak menjadi PM mula membuahkan hasil. 

Pembangkang dan Mahathir tahu akan situasi ini dan tidak boleh membiarkan ia terjadi. Kerana jika dibiarkan sokongan Najib akan menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Sekarang ini pun, jentera-jentera parti, ketua-ketua bahagian dan cawangan di peringkat negeri-negeri menyuarakan sokongan padu terhadap Najib.

Malah komponen terutamanya MCA pimpinan DS Liow Tiong Lai terus konsisten berdiri teguh di belakang Najib. Walaupun pelbagai isu dihujani terhadap Najib seperti 1MDB dan 2.6b, tidak membuatkan MCA terlalu lekas menjatuhkan hukum. Kerana siasatan masih lagi berlangsung dan setakat ini tiada satu bukti pun dari dakwaan pembangkang itu.

No comments:

Post a Comment