Friday, February 12, 2016

McDonald's Sedia Kemudahan Bantu Kanak-kanak Istimewa


Lagi usaha kerja amal dari pihak McDonald's Malaysia. Sebelum ini perisik sudah nyatakan mengenai usaha amal McDonald's dalam membantu golongan kurang bernasib baik seperti mangsa anak-anak yatim dan mangsa bencana banjir. Tidak lupa juga penglibatan McDonald's melalui Rumah Amal dan Kebajikan McDonald (RMHC Malaysia) dalam menyediakan tempat penginapan sementara bagi pesakit kanak-kanak di Hospital UKM.

Kali ini perisik ingin kongsikan pula satu lagi projek McDonald's iaitu dalam membantu kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. Projek ini telah membawa kepada pembinaan sebuah bilik khas iaitu Ronald McDonald Sensory Room (RMSR) di seluruh negara.

RMSR ini merupakan kemudahan serba moden yang dibawa khas dari United Kingdom dengan memfokuskan kepada lima deria utama kanak-kanak yakni visual, dengar, sentuh, bau dan rasa. Kemudahan yang disediakan adalah mengikut spesifikasi bagi membantu kanak-kanak istimewa ini. Setakat ini McDonald's telah membina lebih daripada 21 buah RMSR di beberapa lokasi terpilih. 


Berikut adalah lokasi yang memiliki kemudahan RMSR kelolaan McDonald's Malaysia:
  • The Society For the Severely Mentally Handicapped Selangor and Federal Territory (SSMH), Petaling Jaya, Selangor 03-78746703
  • Bethany Home, Teluk Intan, Perak 05-6411276
  • Agape Centre, Sibu, Sarawak 084-332036
  • Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Kuala Lumpur 03-4257 9818
  • Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Kota Bahru 09-7742033
  • Taman Sinar Harapan Kuala Trengganu, Terengganu 09-6221721
  • National Autism Society of Malaysia (NASOM), Kuantan 09-5671070
  • Spastic Children’s Association of Johor, JB 07-2235452
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Tengah 04-5397568 
  • Sekolah Seri Mengasih, Kota Kinabalu, Sabah 088-223221
  • Hopehaven Centre for Special Children, Malacca 06-2832101
  • Special Children Society of Ampang, Selangor 03-42568719
  • Sekolah Semangat Maju Ipoh, Perak 05-5470186
  • Perkata Special School Kuching, Sarawak 082-426301
  • Calvary Victory Centre Johor Bharu, Johor 07-556 3311
  • Persatuan Untuk Orang-Orang Pekak Tawau, Sabah 089-714526
  • Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory 03-79567511
  • Rumah Amal Kulim 04-495 3271
  • Pusat Pembangunan Potensi CADS KL & Selangor, Jalan Duta, Kuala Lumpur 03-20951218
  • Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal 07-4352145
  • Down Syndrome Centre Lions Club Kota Bharu, Kelantan 09-7437550
  • Pusat Jagaan Horizon 06-7631513


Selama ini kita hanya mengenali McDonald's sebagai sebuah lagi rangkaian restoran di Malaysia. Kita tidak mendapat gambaran menyeluruh McDonald's dalam mengembalikan keuntungan syarikat kepada negara. Apa yang sampai kepada rakyat adalah tentang segala macam konspirasi dan fitnah bagi mengaitkan McDonald's dengan kegiatan ketenteraan Israel di Palestine.

Ramai juga yang termakan dengan dakyah si pemboikot. Sudah dijelaskan pun masih enggan menerima hakikat kebenaran. Sifat orang kita, lebih suka menghukum dulu kemudian menunggu yang kena tuduh bersuara bagi membuktikan tidak bersalah. Sepatutnya dikaji dan buktikan segala dakwaan. Sebab jika salah kita telah melakukan FITNAH!

Kita kearah negara maju tetapi cara pemikiran masih jauh ketinggalan. Namun semua itu tidak harus menjadi penghalang untuk terus melakukan khidmat dan bakti kepada masyarakat. Begitulah McDonald's Malaysia. Apa jua fitnah diperkatakan, berpuluh juta ringgit terus dibelanjakan melalui program amal, ceramah agama, bantuan bencana, bantuan perubatan dan pendidikan.

No comments:

Post a Comment