Monday, February 15, 2016

Lori Jenis Paka Sahaja Dibenarkan Transit Bauksit! @TiongLai #MCA



Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan satu garis panduan jelas kepada pengendali bahawa lori jenis paka sahaja dibenarkan beroperasi bagi proses membawa mineral bauksit dari satu destinasi ke destinasi lain. Keputusan ini diumumkan oleh Menterinya, Datuk Sri Liow Tiong Lai berikutan isu pencemaran bauksit yang berpunca dari aktiviti perlombongan haram yang biadap melanggar segala piawaian ditetapkan kerajaan negeri.

Pengendali lori jenis paka ini juga dikehendaki menggunakan laluan khas yang ditetapkan bagi proses memindah bauksit. Ia merupakan antara langkah awal bagi meminimumkan kesan pencemaran berperingkat-peringkat yang sebelum ini tidak dipatuhi oleh pengendali terutama dari perlombongan haram.

Usaha ini perlu diperteguhkan dengan kerjasama agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kolaborasi dengan beberapa penguatkuasa dan agensi kerajaan berkaitan ini dilihat relevan bagi memastikan pematuhan peraturan lebih konsisten. Kita tidak mahu isu ini berpanjangan dan sekaligus memangsakan penduduk sekitar dengan selut kemerahan.

Apa yang penting, janganlah kita erlalu mudah menghukum menyalahkan salah kerajaan. Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang telah dilaksanakan dengan tegas yang membawa kepada pergantungan beberapa operasi perlombongan. Malangnya ada juga pemilik tanah yang gelap mata mengejar keuntungan membenarkan operasi perlombongan secara sulit.


Tindakan komplot begini menyukarkan kerja pembanterasan perlombongan haram di sekitar kuantan. Hari gempur, sita dan saman. Beberapa hari kemudian beroperasi semula tanpa rasa bersalah. Akibatnya pencemaran jalan raya dan air laut tempat lokasi pelancongan terjejas teruk.

Melihat kepada situasi ini, Kementerian Pengangkutan tampil memainkan peranan mengikut peruntukan undang-undang yang ada bagi menyekat pencemaran menjadi parah. Antara lokasi terkesan dengan diselaputi lumpur tebal dari bawaan bauksit ini adalah di sepanjang laluan Felsa Bukit Goj dan Bukit Kuantan.



Tiong Lai turut mennyarankan supaya pihak Perlabuhan Kuantan menghadkan kadar simpanan mineral bauksit bagi mengelakkan lambakan luar kawalan sehingga menyebabkan kebocoran bahan mineral ke laut. Semua garis panduan ini perlulah dipatuhi oleh semua lokasi perlombongan dan pemandu lori.

No comments:

Post a Comment