Kemampuan Prasarana sememangnya tidak dipertikaikan kerana boleh dikatakan satu-satunya organisasi yang memiliki jaringan perlbagai perkhidmatan awam darat di negara ini. Ia merupakan satu kelebihan Prasarana berbanding pengendali perkhidmatan awam darat yang lain.
Kelebihan ini dikongsi bersama warga Malaysia dan ia sudah terbukti meningkatkan mobiliti rakyat ke destinasi sekitar Lembah Klang ini. Tidak lama lagi MRT pula akan mula beroperasi. Jaringan sepanjang 51km dari Sungai Buloh ke Kajang ini sahaja bakal digunakan seramai 400 ribu pengguna sehari!
"Prasarana sedang menaik taraf sebanyak 60 stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi menambahbaik lagi perkhidmatan serta memberi tarikan baru kepada suasana pengangkutan awam. Tidak ketinggalan juga kepada perkhidmatan monorel" kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif , Datuk Azmi Abdul Aziz ketika membuat lawatan di stesen LRT.
Matlamat Prasarana adalah ingin mewujudkan suasana ceria dan santai buat pengguna dengan kemudahan seperti tempat makan dan minum di setiap stesen terpilih. Bukan sekadar tempat menunggu dengan tempat duduk sahaja. Ia menjadi satu tambah nilai buat perkhidmatan awam Prasarana disamping dapat menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan awam.
No comments:
Post a Comment