Thursday, February 11, 2016

110 Warga Emas Lebih Ceria Sambut Tahun Baru Cina #DatukEhsanuddin #KotaTinggi



Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Mohd Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah turun padang bagi meraikan warga emas yang kurang berkemampuan. Jentera Parlimen Kota Tinggi sememangnya aktif dalam melakukan program amal dalam membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin.

Sebelum ini, pihak parlimen Kota Tinggi telah mengadakan program Back To School dimana 500 pelajar mendapat bantuan pelbagai kelengkapan sekolah. Kali ini golongan warga emas seramai 110 orang pula mendapat perhatian Parlimen KT dengan penyampaian pelbagai sumbangan bertujuan meringankan beban dan sekaligus memberi keceriaan bagi menyambut Tahun Baru Cina. 

Program ini turut diserikan dengan kehadiran para pemimpin setempat yang turut serta menyampaikan sumbangan masing-masing seperti ADUN Johor Lama, Asiah Md Arif, Ketua MCA Bahagian Kota Tinggi, Ng Keng Heng dan Pengerusi Jawatankuasa Rumah Sejahtera Kota Tinggi Tan Piah Sung. 



“Ia juga menjadi sebahagian daripada usaha kita membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja pada sambutan Tahun Baharu Cina malah Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan sebagainya,” Jelas Ehsanuddin.

Usaha murni begini sudah menjadi rutin jentera kerja Parlimen KT dalam mendekati rakyat. Ehsanuddin menjelaskan pihaknya sememangnya komited dalam membantu golongan seperti ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang kurang bernasib baik. 


“Kita komited untuk membantu lebih ramai anggota masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya khususnya di kawasan parlimen Kota Tinggi ini di samping mempergiatkan usaha mendekati masyarakat,” kata Ehsanuddin

No comments:

Post a Comment