Melihat kepada trend ini, Kerajaan Negeri Johor melalui Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin telah melancarkan projek "Johor Free WiFi". Perasmian projek ini telah bermula pada Ogos 2015 di beberapa buah daerah dan kini memasuki Kota Tinggi.
Idea ini dicetuskan melalui Pelan Suara Hati Johor yang dibuat sejak 2013. Dari kajian itu lebih 20% mahukan jaringan internet lebih baik. Rata-ratanya adalah di kawasan-kawasan yang jauh dari bandar utama. Jika tidak dapat sampaikan terus ke rumah-rumah sekurang-kurangnya inisiatif kerajaan Johor ini mendekatkan kemudahan kepada rakyat.
Perkara ini menerima reaksi positif dikalangan guru, pelajar dan belia di Kota Tinggi. Bagi mereka kemasukan jaringan WiFi percuma ini diharap dapat meningkatkan produktiviti warga Kota Tinggi dalam sektor pendidikan dan perniagaan.
Capaian maklumat untuk pelajaran tidak lagi terhad di perpustakaan. Pelajar dan guru boleh saling berinteraksi sesama sendiri secara terus bagi bertukar pandangan dalam pembelajaran. Tiada alasan kekurangan sumber rujukan dan tiada kengkangan dalam mendapat maklum balas sesama murid.
Bagi belia yang berniaga pula, sudah tentu kemasukan WiFi percuma ini menjadi batu loncatan kepada perniagaan mereka. Mungkin sudah tiba pasaran produk Kota Tinggi tidak statik berlegar di daerah sendiri. Berniaga atas talian harus menjadi strategi baru bagi mempromosi produk Kota Tinggi ke seluruh dunia.
Buat masa ini, terdapat 8 buah lokasi hotspot bagi mendapat akses WiFi ini. Lokasi adalah berdasarkan tumpuan warga Kota Tinggi seperti Dataran Jam, Jeti Tun SribLanang, Terminak Bas dan Teksi, Taman Tasek Kota Tinggi, Padang Kerajaan, Medan Selera PPKB, Mini Stadium dan Pejabat MDKT.
Mungkin ada beberapa penambahbaikan boleh dilakukan oleh pihak kerajaan negeri seperti tempoh capaian yang terlalu singkat yakni 30minit. Biasanya masa terbuang ketika menunggu website dibuka sepenuhnya. Adakala tak muncul-muncul website terus terima mesej error.
Cara pendaftaran juga kalau boleh dipermudahkan. Tak perlulah borang berjela. Cukup sekadar nama, no kad pengenalan, no telefon, terma dan syarat serta komen penafian. Mudah, pantas dan tidak buang masa. Jika ada sebarang masalah, letakkan hotline di setiap hotspot dinyatakan tadi supaya tindakan pembetulan dapat diambil segera.
No comments:
Post a Comment