Laporan yang dibuat ikut sedap, tanpa kajian atau siasatan terperinci bukan ciri-ciri kewartawanan beretika. Datuk Seri Wee Ka Siong dijadikan sasaran portal pembangkang tersebut setelah memutar belit kenyataan yang dibuat beliau kepada akhbar Sin Chew Daily.
Tidak cukup dengan itu, portal terbabit mencipta lagi fitnah dalam laporannya dengan mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersetuju dengan pembatalan biasiswa JPA ini?! Tak perlu baca isi artikel, sudah ramai yang melatah dengan membaca tajuk berita! Sikap tipikal rakyat Malaysia.
Melihat kepada penularan fitnah jahat ini di media sosial, Ka Siong tampil sanggah dan melerai kekusutan yang ditulis oleh wartawan yang tidak bertanggungjawab. Beliau menafikan isi artikel terbabit dan menjelaskan wartawan terbabit gagal dalam mencari kesahihan laporan dibuat. Tiada usaha untuk menghubungi beliau bagi mendapatkan kepastian.
Tiada sebarang pengumuman batal biasiswa dibuat dari pihak kerajaan. Biasiswa JPA ini sedang dalam kajian semula bagi menambah baik model pengagihannya. Ia bagi memastikan mereka yang benar-benar layak menerima, supaya tepat pada golongan sasaran.
Kita tidak mahu, biasiswa diberikan kepada pelajar yang gagal separuh jalan dan menarik diri dari kursus pelajaran. Ia jelas merugikan dana negara. Kajian ini pula perlu melalui beberapa peringkat sebelum dibentangkan ke kabinet. Jadi dari celah mana wartawan terbabit mendapat maklumatnya?!
No comments:
Post a Comment