Saturday, January 23, 2016

Skim Insurans Bas Sekolah Dilanjutkan


Anak-anak yang menaiki bas sekolah terus mendapat perlindungan insurans sewajarnya. Skim yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, DS Najib pada tahun 2013 akan dilanjutkan ke tahun 2016. Pengenalan insurans ini telah meringankan beban keluarga yang anak mereka terlibat dalam kemalangan sepanjang 2013 hingga penghujung 2015.

Sebelum pengenalan skim ini, jika berlaku kemalangan, kos perubatan atau kos hilang upaya terpaksa ditanggung oleh keluarga. Bantuan diterima mungkin tidak sebesar mana, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban.

Skim ini memberi perlindungan maksimum sehingga RM100 ribu dan kos premium sebanyak RM40 yang diserap oleh kerajaan. Takaful Malaysia Berhad telah dipertanggungjawabkan bagi mengendali skim ini. Perlantikan TMB ini adalah melalui proses tender yang sah di bawah kementerian kewangan.

Mungkin ramai yang baru mengetahui mengenai skim ini. Jadi perlu juga dijelaskan bahawa hanya bas yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkuatan Awam Darat (SPAD - Semenanjung) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP - Sabah & Sarawak) sahaja akan mendapat manfaat ini.

Jangan salah faham! Bukan pilih bulu atau menindas sesiapa. Cuma bas sekolah yang berdaftar dengan agensi ini merupakan yang menepati piawaian keselamatan minimum. Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh berkompromi soal keselamatan. 

Jadi pastikan bas sekolah anak anda naiki dilindungi oleh Skim Insurans ini. Bawah adalah contoh pelekat yang digunakan bagi bas sekolah yang dilindungi skim insurans bas sekolah.


No comments:

Post a Comment