Tuesday, December 15, 2015

Skuad Sayang Kurang Publisiti


Dikenali pada nama, tapi tidak pada hasil kerja. Itulah yang dapat perisik gambarkan kepada entiti penting Wanita UMNO iaitu Skuad Sayang di mata rakyat. Ini kerana setiap gerak kerja pasukan Skuad Sayang ini tidak mendapat liputan meluas media. Seolah-olah tiada sumbangan diberikan oleh pasukan ini dan senyap seribu bahasa.

Walhal Skuad Sayang telah melakukan berpuluh-puluh kerja amal, turun padang membantu golongan sasaran serta terlibat secara langsung dalam kempen-kempen parti. Cuma perkara ini tidak diwarwarkan secara meluas oleh media. Oleh yang demikian, penggunaan media sosial perlulah dimanfaat sepenuhnya bagi tujuan promosi dan sekaligus meraih publisiti buat pasukan tersebut. Bukanlah ketepi penglibatan media komersial, cuma hebahan media sosial sudah menjadi capaian utama di era kini.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dalam majlis penghargaan Skuad Sayang, menyeru Wanita UMNO terutama Skuad Sayang supaya mengaktifkan diri dalam laman-laman media sosial bagi menangkis segala tohaman pembangkang terhadap kerajaan. Kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh melihat parti difitnah. Penglibatan Skuad Sayang secara meluas atas talian sudah tentu mampu memberi tambah nilai buat parti.

Usaha Skuad Sayang dilapangan juga tidak dapat dinafikan. Lihat sahaja bagaimana mereka bekerja membantu memenangkan BN di setiap pilihanraya kecil mahupun umum. Seperti Ehsanuddin katakan di dalam majlis, Wanita UMNO begitu Energetik. Tidak lekang bekerja siang malam bagi berkhidmat untuk rakyat.

Jika kita lihat, kempen dari rumah ke rumah menyelami suara hati penduduk tempatan merupakan antara resepi utama kejayaan Skuad Sayang dalam meraih undi. Namun usaha jerih mereka ini tidak didendangkan mahupun mendapat liputan sewajarnya.

Melihat kepada keadaan ini, apa yang disuarakan oleh MP Kota Tinggi ada benarnya. Kita tidak boleh sekadar diam dengan kerja dilakukan. Selain buat kerja, kita juga perlu tunjuk kita buat kerja. Jadi hebahkanlah segala gerak kerja untuk tatapan rakyat di facebook, blog, forum, twitter dan whatsapp. Janganlah jadi seperti pembangkang yang banyak cakap, tapi tiada satu pun kerja disiapkan. Apa yang mereka buat adalah dengan mengambil nama atas usaha orang lain. 

No comments:

Post a Comment