Saturday, December 5, 2015

Perlaksanaan BNR! Peluang Pengelola Bas Tingkat Pendapatan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) teruskan transformasi pengangkutan awam bas. Pengenalan BNR ini perisik lihat merupakan satu mekanisme pengurusan sumber yang lebih efisien. Kerjasama antara syarikat pengelola dan SPAD berjaya membentuk kesepakatan bagi mengurus sumber dengan baik. Dulu dua tiga pengelola melalui satu laluan, kini dikurangkan kepada satu pengelola sahaja untuk satu laluan. 

Penentuan laluan bagi setiap pengelola adalah mengikut beberapa kriteria tertentu dengan mendapat persetujuan bersama. Perkara ini dapat mengelakkan pembaziran sumber dan meningkatkan pendapatan tanpa persaingan yang tidak perlu. Namun syarat tegas ditetapkan oleh SPAD bagi memastikan mutu perkhidmatan pengelola terpelihara. Jika gagal, perjanjian terhadap syarikat pengelola akan ditamatkan dan diganti dengan pengelola lain.



BNR ini masih terlalu baru, adakala kekeliruan tidak dapat dielakkan namun ini hanya bersifat sementara. Ia seolah pengguna berpindah ke kawasan baru dan perlu mempelajari selok belok bas nombor berapa perlu dinaiki untuk ke destinasi.

Proses ini mengenal dan memahami selok belok ini tidak lama. Memandangkan pelbagai usaha penerangan dan edaran risalah berterusan dilakukan oleh kakitangan SPAD. Syabas kepada kakitangan SPAD yang berjaya merealisasikan BNR ini. Terima Lasih diatas komitmen dalam memberi tunjuk ajar kepada pengguna mengenai sistem baru ini.


No comments:

Post a Comment