Saturday, December 12, 2015

'Gempak Keluarga Felda' Platfom Terbaik Ketengah Produk Peneroka

Bukan sekadar suka-suka, Gempak Keluarga Felda bukan hiburan semata-mata ia platfom bagi mengeratkan silaturrahim, peluang perniagaan serta memperkenalkan produk-produk peneroka ke seluruh negara.

Perlaksanaan program begini banyak membantu peneroka mempromosikan produk mereka serta membuka mata rakyat Malaysia kemampuan sebenar peneroka Felda dalam sektor pemprosesan, pengeluaran dan jentera. Bukan lagi peraih sawit semata-mata.

Gempak Keluarga Felda baru-baru ini telah berlangsung di Wilayah Segamat bertempat di Felda Palong Timur. Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut hadir sekaligus merasmikan program ini. Kelihatan orang ramai dari luar dan sekitarnya tidak putus-putus membanjiri program ini.


Program ini dibuat dalam bentuk format jelajah dan sebanyak 10 wilayah dijangka terlibat, dimana lokasi pertama bermula di Wilayah Alor Setar. Wilayah lain seperti Felda Wilayah Terengganu; Felda Wilayah Trolak, Perak; Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan dan Felda Wilayah Kuantan, Pahang.

Jelajah yang telah bermula pada Ogos 2015 merupakan anjuran bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Global Ventures Holdings, Yayasan Felda dan Astro Malaysia Holdings. Jika momentum diteruskan kemungkinan besar lebih banyak tajaan mampu diperolehi. Ini secara tidak langsung membawa limpahan ekonomi ke kawasan program dilangsungkan.

Melihat kepada respon positif peneroka dan penduduk sekitar, dalah wajar pihak Felda meneruskan program jelajah ini untuk beberapa siri lagi. Penambahbaikan dari sudut pengisian program dan promosi perlu dipertimbangkan dengan serius supaya aliran ekonomi lebih rancak mengalir dikalangan peneroka.

No comments:

Post a Comment