Friday, December 4, 2015

Boikot McDonald's: Tindakan Ala Zionis Rakyat Malaysia?


Pergolakan Timur Tengah tidak menampakkan kesudahan. Rundingan damai, gencatan senjata dan resolusi bagai mainan persenda penghuni Palestine. Tidak lekang berita ledakan dan hujan peluru yang menjadi hidangan terakhir buat kanak-kanak dan wanita Palestin.

Dalam galak Zionis-Israel memangsakan warga Palestin. Warga Malaysia pula bersikap ala zionis memangsakan sesama rakyatnya. Walaupun tiada sebarang senjata dilibatkan, segelintir kecil warga kita bersungguh-sungguh hendak menutup periuk nasi orang lain seperti apa yang berlaku terhadap McDonald's di Malaysia.



Tiap kali pergolakan tercetus di bumi Palestine, pasti McDonald's menjadi sasaran utama kempen boikot. Imiginasi pamboikot mendakwa McDonald's ini dimiliki oleh yahudi-zionis dan dikatakan pula menyalurkan dana bagi menaja keganasan terhadap Palestine.

Hakikatnya, pasti ramai tidak mengetahui bahawa penduduk zionis sendiri juga pernah terlibat memboikot McDonald's dengan slogan "I'm Not Loving It" di Israel sekitar tahun 2010 dan kencaman penduduk Israel berterusan sehingga kini. Selama ini kita hanya tahu McDonald's ditentang pengguna Islam. Baru sekarang kita tahu McDonald's juga menerima nasib serupa daripada pihak Zionis-Israel.  


Melihat kepada fakta ini nampaknya pemboikot seolah-olah mencontohi Zionis dalam memboikot McDonald's di Malaysia. Sedang Zionis giat membunuh warga Palestine. Warga kita pula giat melakukan pembunuhan licik dengan "menabur pasir" kepada sejumlah 85% Islam daripada 12,000 kakitangan McDonald's di Malaysia.




Ternyata mereka yang boikot ini terikut-ikut tanpa hala tuju serta tidak berpaksi kepada fakta yang benar. Adakah kita benar-benar pasti boikot ini tersasar kepada Zionis-Israel? Adakah kita tahu dalang sebenar disebalik boikot McDonald's ini? Sudahkah kita membaca laporan audit kewangan McDonald's? Jawapan yang pasti kita dengar, adalah tidak! 

Nampaknya usaha boikot yang dilakukan ini adalah atas landasan yang kabur dan tanpa disedari sikap ala Zionis yang diterapkan sebagai amalan di Malaysia ini. 



Artikel berkaitan:
McDonald's "Matching Gift" Disalahtafsir
Keuntungan McDonald's Kembali Kepada Negara
Royalti McDonald's Bukan Duit Darah Palestine
McDonald's AS Bukan Milik Yahudi!
Boikot McDonald's: Tindakan Ala Zionis Rakyat Malaysia?

No comments:

Post a Comment